Rabu, 2 November 2011

Drama Jiwa dan Lara berakhir, Bunga April menyusul di TV3..

Hai, kalau semalam ED dah beritahu tentang drama baharu Akasia "Tentang Dhia", hari ini ED nak beritahu pula drama baharu yang akan menyusul selepas tamatnya drama Samarinda, Jiwa dan Lara. Untuk pengetahuan anda, drama Jiwa dan Lara akan tamat pada minggu hadapan. Tarikhnya, lihat gambar di bawah.

 
Aaron Aziz dan Fauzi Nawawi selaku pelakon drama ini..

Maaf, ED tak tengok drama Jiwa dan Lara ni. Jadi, tiada segmen Zest & Zrett untuk drama ini. Cukuplah anda tahu tentang tarikh episod akhirnya sahaja. Kalau dalam drama Jiwa dan Lara ada penampilan istimewa Shahz Jaszle, dalam drama baharu yang akan menyusul pula, Shah Jaszle kembali memegang watak utama. Drama baharu Samarinda yang akan menyusul pada 9 November ini ialah Bunga April. Nak tahu, siapa gandingan Shahz Jaszle dalam drama ini, lihat gambar di bawah..

Shahz Jaszle dan Tasha Shilla sebagai teraju utama Bunga April

Wah, kali kedua Tasha Shilla digandingkan dengan Shahz Jaszle dalam drama. Sebelum ini, mereka pernah digandingkan dalam drama Gemilang. Kalau dalam drama Gemilang, mereka adalah musuh, tetapi dalam drama Bunga April, lain pulak. Sama-sama kita saksikan drama baharu Bunga April pada minggu hadapan. Udada Ubabye!!

Kalau anda perasan, hari Rabu depan ada 2 drama baharu di TV3 iaitu Tentang Dhia dan Bunga April. Dua-dua drama tersebut ada Tasha Shilla. Tahniah ye Tasha..


ED: Selamat menonton!

1 ulasan:

Blogger

Foto saya
Johor Bahru, Johor, Malaysia
Blog Hiburan dan Peribadi