Selasa, 1 November 2011

Drama Akasia Terbaharu TV3, Tentang Dhia..

Hai, hari ini masuk 1 November 2011. ED nak update tentang tajuk drama Akasia terbaharu yang akan tayang pada 9 November nanti. Sebelum ini, ED pernah membuat catatan tentang drama baharu yang akan menggantikan drama Soffiya lakonan Tiz Zaqyah. Sila klik di sini untuk melihat kembali catatan tersebut.

Tentang Dhia lakonan Nora Danish, Ady Putra dan Tasha Shilla

Sebelum ini, ED difahamkan melalui facebook Tasha Shilla dan Nora Danish bahawa tajuk drama tersebut pada awalnya memang Zikir Buat Dhia. Tetapi, ada pengubahsuaian di saat-saat akhir, tajuknya telah ditukar menjadi Tentang Dhia. Iklannya telah mula ditayangkan pada hari ini.

Petikan status Tasha Shilla tentang tajuk drama awalnya iaitu Zikir Buat Dhia

ED lampirkan sekali beberapa gambar promo sedutan dalam drama Tentang Dhia di penghujung catatan nanti. Sama-sama kita tunggu pada minggu hadapan. Udada Ubabye!!

Nora Danish sebagai Dhia

Nora Danish sebagai gadis bertudung pada awalnya..

Tragedi menimpa..

Ady Putra sebagai pencinta Dhia..

Selepas kematian Dhia, siapakah wanita di atas? Dapatkah dia menggantikan Dhia? Saksikan kisahnya dalam drama baharu Akasia, Tentang Dhia mulai 9 November nanti di TV3.

**semua gambar diperolehi daripada Twitter Nora Danish dan diubahsuai oleh EDtv**


ED: Drama Soffiya tamat pada 8 November ini..

2 ulasan:

  1. dhia tak mati. kena buatan orang je. huhu

    BalasPadam
  2. sekarang ni, tengok drama ni dah macam tengok drama pasal ilmu2 hitam pulak mcm dlm slot seram tv3..

    BalasPadam

Blogger

Foto saya
Johor Bahru, Johor, Malaysia
Blog Hiburan dan Peribadi