Selasa, 1 November 2011

Kasih sayang abang kucing terhadap adiknya..


Hai, nampak tak gambar di atas? Gambar di atas ialah 2 ekor kucing peliharaan emak ED. Yang besar dan warna kuning tu abang, dan yang kecik warna kelabu tu adik dia. Kisahnya begini, anak kucing yang berwarna kelabu tu ada 3 ekor lagi adik beradiknya. Tapi malangnya, minggu ini seekor demi seekor mati kerana sakit yang tidak diketahui. Kira sakit misteri la tu. 
Semalam Subuh, anak kucing kelabu tu dah tinggal seekor sebab adiknya mati lagi. Kesian ED tengok, dulu anak kucing tu berempat, semalam dah tinggal seekor pulak. Tadi malam, inilah gambar yang sempat ED tangkap apabila abang kucing tersebut memeluk anak kucing kelabu itu semasa tidur. Kira abang peluk adik la.. Abang kucing tersebut seakan-akan faham tentang kesedihan adiknya yang kesepian.

Pengajaran daripada kisah ini, kalau kucing boleh sayang-menyayangi antara satu sama lain, kita sebagai manusia apatah lagi kan? Renung2kan, fikir2kan dan taakul2kan... Udada Ubabye!!

ED: Pertama kali buat catatan tentang kucing..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Blogger

Foto saya
Johor Bahru, Johor, Malaysia
Blog Hiburan dan Peribadi