Hai, ED nak buat pembetulan tentang catatan ED sebelum ini tentang Drama Zehra Terbaharu "Lavenda". Pertama sekali, tentang tajuknya bukan Lavenda tetapi Dingin Lavenda. Yang kedua tentang tarikh tayangannya bukan awal November tetapi awal Disember iaitu pada 9 Disember nanti. Ini kerana TV3 akan menyiarkan rancangan Separuh Akhir Muzik-Muzik 26 pada hari Jumaat bermula 18 November ini.
Eira Syazira dan Azlee Khairi dalam Dingin Lavenda
Sekarang, jom kita lihat sedikit sinopsis yang ED perolehi daripada halaman facebook Dingin Lavenda.
Kisah yang dipaparkan dalam drama ini mengutip pengalaman getir tiga orang pelajar gadis Melayu di Melbourne, Australia. Jannatun Naim (Jannah), Murni dan Nana berada di perantauan kerana menjunjung misi menimba ilmu dengan berlainan latarbelakang asuhan.
Drama ini meruntuhkan tembok tabu yang sering dikaitkan dengan isu dan permasalahan agama. Pelajaran agama sahaja tidak memadai; tanpa didikan agama dan adab. Pelajaran agama semata-mata tidak menjanjikan keutuhan iman. Iman yang ada akan diuji dengan pelbagai wajah. Setelah diuji, barulah akan terserlah realiti sebenar sama ada iman seseorang itu cemerlang atau dangkal.
Sebagaimana lazimnya, apabila berada jauh di negeri orang, kelompok Melayu yang kecil akan rapat menjadi seolah satu keluarga. Jannah dan Murni memilih Melbourne, Australia untuk menyambung pengajian, tanpa menyangka hadirnya cabaran yang menggugat persahabatan dan permasalahan yang mencabar keimanan.
Okelah, sama-sama kita saksikan drama Dingin Lavenda mulai 2 Disember nanti. Nak tahu lebih lanjut tentang drama ini, anda boleh like halaman facebook Dingin Lavenda di sini. Udada Ubabye!!
Antara pelakon lain dalam drama ini ialah Faralyana dan Zarina.
Eira Syazira sebagai Jannatun Naim (Jannah). Mesti best kalau dia berlakon.
ED: Program TV kadang-kadang diubah "last minute" menyebabkan maklumat awal yang diberikan tidak tepat. Sorry!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan