Hai, selepas drama hebat Tahajjud Cinta, Eirma Fatima menghasilkan lagi karya hebat bertajuk Karma. Bezanya, drama Karma akan ditayangkan di TV9 mulai 8.30 malam ini. Fauziah Ghous sekali lagi menjadi watak utama dalam drama arahan Eirma Fatima selepas Tahajjud Cinta. Kali ini Fauziah Ghous akan bergandingan dengan Datuk Ahmad Tarmimi Siregar dan Ziela Jalil selaku teraju utama. Antara pelakon lain ialah Azlee Khairi, Aaron Aziz dan Sharifah Aleya.
Barisan pelakon hebat membintangi Karma
Drama ini dijamin hebat kerana mengisahkan tentang isu poligami yang penuh konflik antara Datuk Ahmad Tarmimi Siregar (Tun Sri Fahrul Sani), Ziela Jalil (Waheeda) dan Fauziah Ghous (Karmila). Pertemuan singkat antara Karmila 23 tahun seorang pelakun popular dan Tan Sri Fahrul Sani 64 tahun seorang ahli politik telah membuahkan cinta yang tidak lagi boleh dipisahkan lantaran Tan Sri Fahrul mahu menghalalkan hubungan mereka dengan menikahi Karmila meskipun dia tahu keputusan ini akan menghancurkan hati Waheeda isteri pertamanya. Sinopsis selebihnya baca di sini.
Fauziah Ghous merupakan madu kepada Ziela Jalil dalam Karma.
Ziela Jalil dalam Malaysia Hari Ini (TV3) pagi tadi memberitahu bahawa dia akan dibenci penonton dalam drama Karma. Ini kerana dia akan membawa watak sejahat jahat manusia dalam drama ini. Banyak kekejaman manusia dipaparkan dalam drama ini agar menjadi tauladan kepada penonton. Nak tahu kehebatan drama ini, jom tonton Karma setiap Isnin dan Selasa 8.30 malam di TV9. Alamak, hari Selasa susah sikit nak tengok sebab ada Cinta Elysa di TV3. Hehe.. Udada Ubabye!!
Lihat promo ni, best kan drama Karma?
ED: Selamat menonton..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan