Hai, hari ini ED nak cerita tentang kisah kelakar yang berlaku di kelas murid darjah 1 pagi tadi. Sampai sekarang ED masih terngiang2 jawapan murid darjah 1 tersebut. Nak tahu pasal apa? Jom ikuti kisahnya dalam segmen ED dan Sekolah. Ramai kawan2 ED suka baca kisah ED di sekolah. Hehe..
Begini kisahnya, ED selalu buat aktiviti selingan bila mengajar murid darjah 1 ni. Tujuannya biar mereka tak bosan. Tadi pagi aktiviti selingan untuk mereka ialah, ED menyuruh mereka pejamkan mata dan bermimpi tentang mereka sedang berada di dasar laut. ED nak lihat sejauhmana imaginasi mereka. Selepas itu, ED menyuruh mereka memberitahu ED haiwan apa yang mereka jumpa di dasar laut. Binatang laut apa yang mereka mimpi erk? Bab ni lah yang paling kelakar. Jom ikuti dialog ED bersama murid2 tersebut.
ED: Sekarang cikgu nak tanya, binatang apa yang awak jumpa di dasar laut tadi. Awak jawab dulu..
Murid A: Saya jumpa ikan.
ED: Ok, awak pulak?
Murid B: Saya jumpa harimau.
ED: (Sambil tersenyum, ED teruskan lagi bertanya). Oke awak pulak?
Murid C: Saya jumpa udang.
ED: Awak yang disebelahnya pulak?
Murid D: Saya jumpa sotong.
ED: Ok, bagus. Awak pulak?
Murid E: Saya jumpa ikan yu.
ED: Ok, betul. Di dasar laut ada ikan yu. Baiklah awak pulak Jo (bukan nama sebenar)?
Jawapan Jo inilah yang paling ED tak dapat lupakan sampai sekarang. Memang ED tak boleh tahan dan tergelak dalam kelas. Murid2 lain pun ikut gelak. Nak tahu apa jawapan Jo? Jom ikuti jawapan Jo di bawah:
Jo: Saya jumpa ikan masin cikgu.
ED: Hahahaha....
Ikan masin
Kredit gambar: mywarmnest
Daripada kisah di atas, mungkin Jo jumpa ikan masin yang dibuang oleh manusia di dasar laut kot. Okelah, setakat ini dahulu ye. Kalau ada kisah kelakar lagi, ED akan update lagi. ED akhiri dengan sebuah video klip yang bertajuk mimpi manis. Udada Ubabye!!
ED: Mimpi yang indah2 ye malam ini.
huhu ikan masin pun binatang laut jugak=)cuma diproses jer..kelakar=)
BalasPadamJawapan murid tu betul, cuma saya tak jangka jawapannya ikan masin. Kelakar saya dengar perkataan ikan masin. Hahaha...
BalasPadam