Rabu, 16 November 2011

Murid dakwa diraba.

Hai, sesi persekolahan 2011 semakin dekat melabuhkan tirainya. Hari ini jamuan akhir tahun untuk kelas ED. Bercakap tentang jamuan akhir tahun kelas ED, jom baca balik kisah tentang perbincangan menu jamuan sebelum ini di sini. Akhirnya, ED memilih nasi ambang sebagai menu jamuan hari ini. Alhamdulillah, jamuan kelas berjalan lancar.

Selepas jamuan, sesi bergambar bersama murid. ED bergambar dengan murid lelaki dahulu

 Selepas itu, baru ED bergambar dengan murid perempuan.

Selepas selesai jamuan, ED bergegas pergi ke kelas 5 Mutiara. Sebelum ED melangkah masuk ke kelas, sekumpulan murid perempuan terlebih dahulu menghampiri ED dan melaporkan bahawa ada seorang murid lelaki telah meraba kawan mereka (murid perempuan tersebut lurus orangnya). Paling tak sanggup ED dengar, murid lelaki tersebut meraba bahagian "atas" dan "bawah" murid perempuan tersebut. Ramai saksi murid yang melihat kejadian tersebut. Perasaan yang  tadinya gembira berubah menjadi marah. ED terus memanggil murid lelaki tersebut. 


Setelah disiasat, murid tersebut memang bersalah. ED pun mengambil tindakan yang sewajarnya. ( Maaf, ED tak boleh siarkan tindakan ED di sini, rahsia...)

Mungkin ada ibu bapa yang membaca blog EDtv ni, jom ikuti perbualan ED bersama murid lelaki tersebut. Kenapa dia meraba murid perempuan tersebut? Jadikan kisah ini pengajaran bersama ye.

ED: Kenapa awak buat macam tu? Siapa ajar?

Murid: (senyap dan tunduk...)

ED: Kalau awak senyap, saya akan telefon mak awak. Daripada siapa awak belajar?

Murid: Kawan saya yang ajar suruh buat macam tu.

ED: Kalau saya bagi tahu ibu bapa awak, mesti dia malu dengan perangai awak. Awak tak sayang mereka ke buat perangai tak senonoh macam ni?

Murid: (tiba-tiba air matanya mengalir)

Kenapa murid lelaki tersebut menangis? Daripada pemerhatian & perbualan ED, murid ini kurang kasih sayang daripada ibu dan bapanya. Ibu dan bapanya bekerja. Di rumah, murid tersebut sering tinggal bersama adiknya sahaja. Kerana merasa dirinya tidak diperhatikan, dia mudah terpengaruh dengan rakannya yang negatif. ED rasa banyak kes murid sebegini rupa kan? Semoga kisah ini menjadi iktibar. Selalunya ED update tentang kisah kelakar di sekolah. Hari ini, ED bagi kisah yang serius sikit. Udada Ubabye!!

Walaupun kecoh dengan kes tersebut, ED masih sempat bergambar ceria dengan kelas 5 Mutiara. Hehe..


ED: Kasih sayang ibu bapa penting terhadap perkembangan anak.

2 ulasan:

  1. kesian budak pompuantuh.n budak2 skang ramai kurg kasih sayang ibubpa..sb kekangan masa.sbbtuh takder yg sudi tunjuk ajar.n tugas guru mmg beratkn

    BalasPadam
  2. betul mummy.. tugas guru sbnrnya berat. Tapi msh ada pihak yg masih memperlekehkan tugas guru. huhu..

    BalasPadam

Blogger

Foto saya
Johor Bahru, Johor, Malaysia
Blog Hiburan dan Peribadi