Hai, kenapa ED seringkali nak balik ke rumah cepat setelah selesai waktu bekerja? Ramai kawan-kawan sekolah ED yang perasan dengan perangai ED sejak dah nak mula cuti sekolah. Hari ini, ED nak bagitahu jawapannya. Sebenarnya, ED nak balik cepat sebab nak tengok drama Filipina "Tayong Dalawa".
Tayong Dalawa, setiap Isnin hingga Jumaat di TV5 Singapura
Drama tersebut ditayangkan di Saluran 5 Singapura pukul 2.00 petang. Walaupun ED tidak mengikuti drama ini dari awal, tapi ED boleh faham jalan ceritanya. Hehe.. Drama tersebut merupakan tayangan ulangan di saluran yang sama. ED baru tahu semenjak dua menjak ni, yang drama ni best. Sebelum ini, drama tersebut ditayangkan pada 31 Ogos 2011 pukul 7.00 malam.
Makna Tayong Dalawa ialah 2 diantara Kita. Tayangan pertama drama ini pada 31 Ogos 2011 jam 7 malam.
Apa yang best sangat drama Tayong Dalawa ini? ED beri 5 sebab, kenapa ED suka tengok drama ini.
5 yang Zest!
- Jalan ceritanya best, mengisahkan tentang 2 orang kembar lelaki yang berebut cinta seorang wanita.
- Banyak konflik, setiap episodnya ada sahaja babak2 baru yang menyebabkan penonton ingin tahu apa yang berlaku seterusnya.
- Banyak juga babak kekejaman dan air mata yang mengusik hati penonton..
- Waktu tayangannya pukul 2 petang, sesuai untuk ED berehat sambil menonton TV setelah penat bekerja.
- Drama tersebut dibintangi oleh barisan pelakon yang hebat. Lakonan mereka seakan-akan menjadikan drama tersebut macam kisah benar.
1 yang Zrett!!
- Drama ini pernah ditayangkan di Astro juga sebelum ini. Kenapa TV3 tak ambil drama ini? Huhu.. ED takde Astro.
Esok, hari terakhir sekolah (mesyuarat guru) bagi sesi 2011. Selepas ini, ED boleh tengok drama ini di waktu cuti sekolah dengan tenang. Tak perlu lagi kelam-kabut nak terkejar-kejar tengok drama ini. Hehe.. ED dan TV tidak dapat dipisahkan. Itulah perangai ED dari sekolah rendah sehingga dah bekerja. Okelah, ED akhiri dengan lagu tema Tayong Dalawa yang semakin sebati dengan halwa telinga ED. Udada Ubabye!!
Maklumat lanjut tentang drama ini, anda boleh klik di wikipedia.
ED: Bersyukur di JB banyak dapat siaran TV.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan