Jom ikut ED meneruskan perjalanan ke Gunung Pulai..
Hai, hari ini ED nak sambung catatan semalam. Selepas beredar dari Tanjung Piai, kami bergerak menuju ke Gunung Pulai, Johor. Tujuannya untuk bermandi-manda setelah penat mengembara. Dalam perjalanan dari Tanjung Piai nak ke Johor Bahru, anda memang akan lalu di persimpangan Gunung Pulai. Sebab itu, ED ajak kawan2 ED (dari Seremban) ke situ. Jom ikuti kisahnya berdasarkan gambar2 yang sempat ED tangkap dari Gunung Pulai.
Disebabkan dah petang, ED & kawan2 hanya sampai di peringkat hilir air terjun sahaja..
Walaupun airnya cetek, kawan2 ED gembira dapat mandi di sini..
ED tak mandi pun, hanya menemankan kawan2 sahaja..
Disebabkan ED tak mandi, boleh la berjalan-jalan sedikit sambil menikmati keindahan Gunung Pulai
Di belakang ED, anda boleh lihat air terjun di peringkat hilir yang tidak merbahaya
Cantik tak pemandangannya?
Hampir satu jam setengah kami di sini, hari pun dah nak senja.. Kami bergegas untuk balik ke rumah..
Walaupun penat, ED gembira dapat menemankan kawan2 ED bercuti di Johor. Begitulah cerita pengalaman ED pada hari Selasa lepas. ED sampai di rumah pada pukul 8.30 malam dan masih sempat untuk tengok keseluruhan episod akhir Cinta Elysa. Hehe.. Okelah, Udada Ubabye!!
Sebelum sampai di rumah, kami singgah sebentar di restoran yang paling popular di JB. 2 orang dalam gambar tu adalah kawan ED dari Seremban yang datang ke JB untuk bercuti. Semoga korang berpuas hati datang ke JB!
ED: Cuti sekolah masih ada dalam 1 minggu lagi untuk ED..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan