ED berada di Tanjung Piai. Jom ikuti pengembaraan ED di sini!
Hai, catatan hari ini tentang pengembaraan ED dan kawan2 sempena cuti sekolah. Pada hari Selasa lepas, ED telah menemankan 2 orang kawan ED yang datang dari Seremban untuk bercuti di Johor. Bersama lagi seorang kawan dari JB, kami pergi ke Tanjung Piai, Johor. Tanjung Piai juga dikenali sebagai penghujung selatan Benua Asia di dunia. Menarik kan gelaran tempat tu?
Arca ukiran batu yang berada di pintu masuk. Cantik!
Okelah, sebab ada banyak gambar yang ED nak tunjuk, jadi tak boleh tulis panjang2 sangat. Nanti anda bosan pulak.. Jom lihat gambar2 menarik yang sempat ED tangkap ketika berada di sana.
Sebelum memulakan pengembaraan, baca dahulu peraturan2 yang telah ditetapkan
Beginilah laluan perjalanan kaki anda untuk mengembara di sini.. Dilengkapi dengan jambatan yang cantik dan selesa.
Di belakang ED, anda boleh lihat kapal2 besar dari jauh dan air sungai yang kekuningan. Stesen pertama, ED nak tengok Selat Melaka dahulu.
Daripada sini, anda boleh lihat sempadan Tanjung Piai dengan Selat Melaka. Air yang berwarna kuning adalah dari Tanjung Piai, manakala air yang berwarna biru dari Selat Melaka. Menakjubkan!!
Pemandangan yang mendamaikan..
Di sini juga diletakkan tiang penunjuk arah negara2 di Benua Asia. Secara tak langsung, boleh belajar Geografi di sini. Hehe..
Sebenarnya di Tanjung Piai ni, kawasannya hutan paya bakau.. Jom ikut ED teruskan pengembaraan di stesen berikutnya..
Stesen berikutnya, ED cuba merasai memanjat menara pondok ini.
Pemandangan dari atas menara..
Amaran penting bagi pengunjung yang berada di atas menara ini.. Baca sendiri ye. Hehe..
Stesen yang ditunggu2, ED sekarang nak pergi ke stesen penhujung selatan tanah besar Asia. Jom!
ED terpaksa meredah air pasang yang naik ke jambatan untuk sampai. Nampak tak?
Alhamdulillah, sampai juga di pentas penghujung selatan Benua Asia.. Panas terik ketika berada di sana..
Benda wajib bila dah sampai sini.. Mestilah bergambar dengan arca bumi ini..
Inilah kawan2 yang ED beritahu tadi, dari kiri Muz dan Hafiz dari Seremban. Sebelah kanan ED pulak, Zaidee dari JB selaku pemandu kami di sini. Terima kasih..
ED dah nak balik, sekali lagi meredah air pasang yang naik di atas jambatan..
Sebelum balik, mesti bergambar juga di sini buat kenang-kenangan..
Ada 1 stesen lagi yang kami tak sempat pergi sebab hujan. Stesen tempat orang memancing kalau tak silap. Tak apalah, ED rasa dah cukup bila dapat sampai ke pentas penghujung selatan tadi. Sebenarnya, selepas beredar dari Tanjung Piai, kami pergi ke satu lagi destinasi untuk bermandi-manda. Nak tahu di mana? Bersambung dalam catatan esok ye.. Udada Ubabye!!
Sedikit maklumat tentang bayaran masuk dan aktiviti2 yang boleh dilakukan di sini. Klik 2x pada gambar untuk besarkan.
ED: Banyak monyet jinak ketika berada di Tanjung Piai.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan