Hai, pada tahun ini ED rasa nak kongsi apa sahaja yang ED tahu tentang drama2 menarik di TV3 secara cepat kepada anda. Tahun lepas, ED akan buat catatan tentang drama baharu jika sesebuah drama sebelumnya itu akan berakhir. Tetapi tahun ini beza. Mungkin, anda boleh tahu secara cepat drama2 yang akan bersiaran di TV3 (berdasarkan pilihan ED sahaja). Contohnya tentang sebuah drama Akasia baharu yang akan menyusul selepas drama Gemersik Kalbu. Tajuknya Cinta Buat Emilda.
Dibintangi Amran Ismail, Mia Sara dan Elmy Nadia
Drama 24 episod ini dibintangi oleh Amran Ismail, Elmy Nadia, Mia Sara, Rebecca, Fizo Omar dan ramai lagi. Tak silap, drama ini pun diadaptasi daripada sebuah novel. Bila tayang? Yang tu ED akan update kemudian. Jadi, teruskan bersama blog EDtv untuk mengetahui drama2 menarik pilihan ED. Udada Ubabye!!
ED: Amran Ismail berasal dari Felda Ulu Tebrau, Johor. Orang Johor rupanya..
cumilnya ada mia=)suker
BalasPadam