Rabu, 11 Januari 2012

Drama Bunga April berakhir, Pelangi Kasih menyusul di TV3

Hai, anda minat tak tengok drama Bunga April di TV3? Kalau anda minat, bersiap sedia untuk menyaksikan kemuncak drama tersebut pada minggu hadapan. Tarikh episod akhir Bunga April seperti gambar di bawah ini.

Bagaimana kesudahan hubungan April dan Johar?  Saksikan sendiri nanti..
Gambar diubahsuai dari sumber Mstar.

Sebab ED tengok drama ni, ED akan Zest dan Zrett tentang Bunga April. Jom!


5 yang Zest tentang Bunga April!
  1. Tajuknya unik "Bunga April" yang diambil sempena kek keju Bunga April. Kreatif!
  2. Lakonan Tasha Shilla semakin terserlah dalam drama ini.
  3. Lagu latar drama ini pun best, lebih2 lagi lagu Ku Tiba Lagi nyanyian Hyper Act.
  4. ED suka tengok penggambaran drama ini di kedai kek Bunga April.
  5. Jalan ceritanya tak bosan untuk ditonton.

2 yang Zrett tentang Bunga April!
  1. Disebabkan iklan, drama ini selalu over run. Habis lambat.
  2. Menjelang tahun baharu 2012 lepas, drama ini ditayangkan hanya pada hari Khamis. Mengganggu sedikit kebiasaan penonton yang selalu tengok setiap Selasa hingga Khamis.

Seperti yang ED pernah beritahu sebelum ini, drama Samarinda baharu yang akan menyusul selepas Bunga April ialah Pelangi Kasih. Promo drama ini kerap kali disiarkan di TV3 sekarang ini. 

 Nabila Huda dan Johan Asari

Drama Pelangi Kasih dibintangi oleh Johan Asari, Nabila Huda, Abby Abadi, Beto Kusyairi dan Puteri Sarah Liyana. Bila tengok promonya, macam best jalan ceritanya. Sama-sama kita saksikan episod pertamanya pada 19 Januari ini di TV3. ED akhiri dengan lagu latar Bunga April yang ED suka, bertajuk Ku Tiba lagi nyanyian Hyper Act. Udada Ubabye! 




ED: Selamat menonton!

2 ulasan:

  1. nampak mcm besh.nnt leh nengok..cepatkan citer melayu abes?tak mcm sinetron!

    BalasPadam
  2. Betul. Itu la bezanya drama Malaysia dan sinetron..

    BalasPadam

Blogger

Foto saya
Johor Bahru, Johor, Malaysia
Blog Hiburan dan Peribadi