Khamis, 12 Januari 2012

Awak berus gigi guna apa?


Hai, catatan hari ini tentang kisah ED di kelas Moral murid tahun 3 pagi tadi. ED mengajar tentang tajuk Kebersihan Diri. Ada kisah kelakar yang ingin ED kongsi bersama anda. Jom ikuti soal jawab ED bersama seorang murid yang telah menyebabkan ED ketawa di dalam kelas.


ED: Cuba lihat soalan ini, kita gosok gigi guna berus gigi dan guna apa?


Murid: (dia hanya diam dan memandang wajah ED...)


ED: Oke, awak gosok gigi guna berus gigi dan letak apa?


ED ingatkan dia diam sebab tak faham tapi setelah ED ulang soal, akhirnya dia jawab juga. Apa jawapan dia erk? Jom ikuti kesudahan soal jawab tersebut.


Murid: Mentos!


ED: Cakap sekali lagi, cikgu tak jelas..


Murid: Mentos!


Hahaha.. ED tak dapat menahan lalu tergelak dalam kelas. ED tak dapat bayangkan gosok gigi letak gula2 Mentos di atas berus gigi. Setelah ED fikir2, mungkin dia tak tahu nak sebut ubat gigi dan memberi perumpamaan gula2 Mentos (perisa mint) sebagai ubat gigi.

 Gula2 Mentos perisa pudina rasanya macam ubat gigi. Mungkin itu maksud murid tersebut..


Okelah, setakat ini dahulu catatan untuk kali ini. Untuk pengetahuan anda, bulan Januari ni ED tak dapat nak update blog panjang2 sebab sibuk dengan urusan sekolah. Nak buat buku register, nak daftar nama murid dalam sistem, aktiviti sana-sini dan banyak lagi. Udada Ubabye!!




ED: Catatan bulan ini ringkas2 sahaja. Harap maklum..

2 ulasan:

  1. hehe budak2nie adojer gelagatnya..kalau kandungan ubat gg menthol 2 oklah jugak..advancelah plakkan?huhu

    BalasPadam
  2. itulah pasal.. nama pun budak2 lagi.. Layankan je la..

    BalasPadam

Blogger

Foto saya
Johor Bahru, Johor, Malaysia
Blog Hiburan dan Peribadi