Khamis, 2 Februari 2012

Drama Gemersik Kalbu berakhir, Atas Nama Cinta menyusul di TV3

Hai, bagi peminat drama Gemersik Kalbu, ada perubahan dalam catatan ED sebelum ini yang bertajuk Tarikh Episod Akhir Drama Gemersik Kalbu. Tarikh episod akhirnya telah dipercepatkan pada 9 Februari 2012. Ini bermakna drama 26 episod ini telah disingkatkan menjadi 24 episod sahaja.

Jangan lupa, episod akhir drama Gemersik Kalbu, 9 Februari ini..

Jom kita Zest dan Zrett tentang drama Gemersik Kalbu ini!


5 yang Zest!

  1. Jalan ceritanya menarik walaupun telah diubahsuai daripada novel Gemersik Kalbu.
  2. Watak Raihana (Ayu Raudhah) dan Suffian (Aqasha) memang menjadi dalam drama ini.
  3. Lagu latar drama ini banyak daripada album Dato Siti Nurhaliza. Sesuai!
  4. ED suka babak bila Wan Ariffin pikat Raihana dengan kompang sambil menyanyikan lagu Keroncong Untuk Ana. Terserlah budaya Melayu.
  5. Montaj drama ini pun cantik!
1 yang Zrett!!
  1. Lirik lagu penutup nyanyian Aqasha kurang sesuai didengari oleh kanak2.
Lagu penutup Gemersik Kalbu, Obsesiku nyanyian Aqasha

Maklumat yang ED perolehi daripada laman web Metrowealth, sepatutnya drama Cinta Buat Emilda akan ditayangkan pada Februari ini. ED ingatkan drama tersebut akan menggantikan drama Gemersik Kalbu. Tetapi, di saat2 akhir TV3 memutuskan untuk menayangkan dahulu drama Akasia terhebat "Atas Nama Cinta".

Pelakon utama Atas Nama Cinta, Fiza dan Shahrizal.

Wah, ED tak sabar nak tengok drama Atas Nama Cinta yang digembar-gemburkan bakal meletup pada tahun ini. Saksikannya mulai 13 Februari nanti. Udada Ubabye!!


ED: Selamat menonton!

2 ulasan:

  1. ya, tahun 2012 ni dia tukar nama ke shahrizal pulak.. macam2 kan? hehe..

    BalasPadam

Blogger

Foto saya
Johor Bahru, Johor, Malaysia
Blog Hiburan dan Peribadi