Rabu, 1 Februari 2012

Kisah di sebalik Perlawanan Bola Tampar

Pasukan Bola Tampar sekolah ED

Hai, penatnya hari ini.. Dari pagi tadi hingga pukul 6.30 petang tadi, ED telah menjadi guru pengiring pasukan bola tampar sekolah ke Stadium Pasir Gudang sempena Kejohanan Bola Tampar Peringkat Daerah Pasir Gudang. Cerita tentang perlawanan tersebut ED akan beritahu pada catatan akan datang sebab perlawanan tak habis lagi. Esok masih ada perlawanan lagi. Bila dah tahu keputusannya, nanti ED akan update di sini. ED selaku jurulatih yang amatur mendoakan agar pasukan sekolah ED menang esok.

Ada sebuah kisah yang ingin ED kongsi bersama anda si stadium tadi. Mungkin anda akan beremosi bila baca kisah ini. Hehe.. Ketika ED berjalan di tepi murid sekolah menengah, ada di antara mereka yang bertanyakan, ini budak sekolah mana erk? Hehe.. ada diantara mereka yang menyangka ED masih murid sekolah lagi.. Jangan marah. Udada Ubabye!!


ED: Nak tidur awal malam ini.. Selamat malam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Blogger

Foto saya
Johor Bahru, Johor, Malaysia
Blog Hiburan dan Peribadi