Assalammualaikum. Hari ini ED nak sambung lagi tentang Kisah di sebalik Perlawanan Bola Tampar bahagian yang kedua pulak. Dah macam drama kan? Dalam catatan kelmarin, mesti anda nak tahu pasukan bola tampar sekolah ED menang atau kalah kan? Ini jawapan dan sedikit sinopsis cerita ED melatih dan membawa murid sekolah ED ke Perlawanan Bola Tampar Peringkat Daerah Pasir Gudang.
ED bersama guru pengiring merangkap jurulatih dan murid2 dalam pasukan bola tampar sekolah.
Semalam, keputusannya ialah pasukan bola tampar murid lelaki sekolah ED gagal ke peringkat suku akhir. Bagi pasukan bola tampar murid perempuan juga sama dan sudah diketahui keputusannya pada hari kelmarin juga. Sebelum ini, pasukan murid lelaki telah berjaya menewaskan 1 sekolah lain. Semalam, jika pasukan murid lelaki sekolah ED menang dalam 1 lagi perlawanan, mungkin mereka ada harapan untuk pergi ke suku akhir (boleh la dapat tempat ketiga atau keempat). Tapi rezeki tidak memihak kepada pasukan sekolah ED. Adat bertanding, ED dah suruh semua murid bersabar dan terima hakikat. Walaubagaimanapun, ED berpuas hati melihat kesungguhan mereka bertanding.
Cuma 13 hari sahaja murid2 berlatih di sekolah sebelum perlawanan kelmarin. Murid2 ni pun baru lagi dalam arena bola tampar. Tapi oke la..
Agak2, apa kisah ED nak selitkan dalam catatan kali ini erk? Hehe.. Okelah, baca dengan teliti ye.. Semalam, semasa ED & murid2 lain sedang menunggu bas sekolah untuk kembali ke sekolah, ED ada tanya beberapa orang murid perempuan untuk menghilangkan kebosanan. Nak tahu ED tanya apa? Jom ikuti dialog di bawah..
Situasi, ED nampak ramai murid bermain dengan telefon bimbit semasa mahu menunggu bas pulang.
ED: Awak, selalu siapa yang top up kan handphone awak?
Murid A: Emak saya.
ED: Berapa ringgit mak awak top up kan seminggu?
Murid A: RM5 seminggu. Cikgu, kawan di sebelah saya lagi banyak mak dia top up kan..
ED: Berapa mak awak top up kan seminggu? (ED tanya pulak murid di sebelahnya)..
Murid B: RM50 sebulan cikgu..
ED: (dalam hati, untungnya murid2 sekarang, ED topup sebulan RM30 je..)
Okelah, dialog di atas mengakhiri catatan ED untuk hari ini. Sebenarnya, ED masih penat sampai hari ini. Tekak pun masih sakit sebab bersorak tak ingat dunia masa kat sana. Hehe.. Udada Ubabye!!
Bye-bye Stadium Perbandaran Pasir Gudang!
ED: Inilah 1 Murid 1 Sukan 1 Malaysia..
RM50 sebulan?kayanya.huhu
BalasPadam