Hai, drama Samarinda Pelangi Kasih akan tamat pada hari Khamis depan. Seperti yang telah dimaklumkan sebelum ini, drama Mahabbah akan menggantikan drama Pelangi Kasih pada 27 Mac ini. Jom kita lihat gambar2 menarik dalam drama Mahabbah. Disamping itu juga, anda boleh mengetahui lebih lanjut tentang para pelakon di dalam drama ini.
Pelakon utama drama ini, Nur Fathia dan Azlee Khairi. Banyak babak2 romantik mereka dalam drama ini.
Salah satu babak romantik Nur Fathia dan Azlee. Banyak juga halangan yang mereka hadapi dalam drama ini.
Selain Azlee Khairi, Dato Jalaluddin Hasan dan Aida Aris pun ada. Mereka menjadi ibu bapa Azlee dalam drama ini. Kelihatan dalam gambar ini bahawa mereka tidak bersetuju dengan pilihan hati Azlee.
Fazlina Ahmad Daud pun ada dalam drama ini. Mesti anda suka kan? Dalam drama ini, dia akan membawakan watak yang serius.
Lihat sebelah Nur Fathia, siapa tu? Penampilan istimewa, Aiman Hakim Redza Vanila Coklat juga turut membintangi drama ini.
Aiman Hakim Redza sebagai watak pembantu sahaja.
Babak bahagia, Azlee dan Nur Fathia diijabkabulkan dalam drama ini.
Salah satu lagi babak bahagia Azlee Khairi, Nur Fathia dan anak mereka dalam drama Mahabbah.
Nak lihat banyak gambar lagi dalam drama Mahabbah, klik halaman Facebook Asia Media Content. Okelah, sama-sama kita tunggu drama ini dalam Slot Samarinda TV3. Buat pengetahuan anda, drama ini terbitan Asia Media Content, produksi yang sama dengan drama Vanila Coklat. Udada Ubabye!!
ED: Mahabbah, antara drama terhebat TV3 2012.
Anda tersenarai !
BalasPadamhttp://mohdyunus89.blogspot.com/2012/03/assalamualalaikum.html
terima kasih Yunus!
Padam