Jumaat, 16 Mac 2012

Kenapa drama Amukan Pocong tayang pukul 10 malam?

Hai, semalam ED terkejut kerana drama Pelangi Kasih tayang pukul 9.30 malam. Manakala drama Amukan Pocong tayang pada pukul 10 malam. Bukan ED sahaja terkejut, malah ramai penonton setia drama Pelangi Kasih kecewa apabila mereka terlepas menonton episod 22 drama tersebut. Ini kerana TV3 tidak mengingatkan penonton lebih awal tentang perubahan ini.

 Memang seram, drama Amukan Pocong di TV3

Kenapa drama Amukan Pocong ditayangkan pada pukul 10 malam. Seram sangat ke drama tu? ED ada jawapannya melalui status halaman facebook Amukan Pocong. Ini dia jawapannya.


Semalam bila ED tengok drama ni, memang seram dan tidak sesuai ditonton oleh kanak2. Jadi amatlah wajar jika LPF (Lembaga Penapisan Filem) menetapkan drama ini boleh ditayangkan pada pukul 10 malam. Mungkin waktu tu, kanak2 dah tidur. Udada Ubabye!!



ED: Episod minggu depan, dijamin lebih seram lagi..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Blogger

Foto saya
Johor Bahru, Johor, Malaysia
Blog Hiburan dan Peribadi