Hai, semenjak dua menjak ni lagu Sesal Mendua nyanyian Klangit Band meletup-letup di corong2 radio. Jika anda ingat lagu Sesal Mendua tersebut nyanyian band dari Indonesia, anda silap besar. Klangit Band ini adalah kumpulan anak tempatan Malaysia. Jom kenali kumpulan Klangit di blog EDtv.
Klangit Band
Klangit Band ini dianggotai oleh Muhamad Nor Hadre Ayub (Hadre @ Ary) sebagai vokalis, Mohd. Haris Muhamad (Haris) sebagai gitaris dan Mohd. Izwan (E-One) sebagai pemain gitar bass. Mereka berasal dari Bandar Tun Razak, Kuala Lumpur. Kumpulan ini ditubuhkan pada 2008 tetapi baru popular pada tahun ini dengan lagu hits mereka Sesal Mendua. Kenapa kumpulan mereka namanya Klangit? Baca jawapannya di perenggan seterusnya.
Dari kiri E-One, Ary dan Haris.
Nama Klangit diambil oleh band mereka kerana bagi mereka simbol kejayaan selalunya berada di atas (langit). Nama Klangit Band bukan nama pertama bagi kumpulan ini. Mula2 sekali, mereka telah menggunakan nama Adriband. Selepas itu, bertukar menjadi Kelangit Band. Akhirnya nama Kelangit dikomersialkan menjadi Klangit. Jom dengar lagu Sesal Mendua yang kian popular di hati pendengar.
Tahukah anda? Stesen radio yang mula2 memasang lagu Sesal Mendua ini ialah radio Suria fm. Sekarang, di stesen Hot fm dan Era juga telah sama2 memutarkan lagu tersebut. Mesti band ini tengah popular sekarang ni.
Klangit Band membuat persembahan sempena ulang tahun yang ke 3 stesen radio Suria fm pada tahun 2010.
Jika anda nak tahu perkembangan kumpulan ini, anda boleh like halaman facebook mereka di sini. Okelah, setakat ini dahulu dan anda baru sahaja selesai membaca catatan hari ini dalam segmen Jom Kenal di EDtv. Udada Ubabye!!
ED: Semoga mereka berjaya sampai ke langit!
1st time dengar dh stereotaip - nih mesti band indo.. ops... hahaha.. sokong la band tempatan!!
BalasPadamMari sokong produk tempatan! Hehe..
Padamnk tanye klangit nak tak nyanyikan lagu ciptaan sy buat band mereka?sy suke buat lagu huhuhu
BalasPadamMaaf, yang tu kena contanct manager Klangit. ED cuma blogger yg menyampaikan info shj. TQ..
Padam