Hai, hari ini Maulidur Rasul di sekolah ED. Semalam ED tak larat nak update blog sebab penat. Banyak kerja yang perlu disiapkan semalam di sekolah sebelum cuti seminggu. Selepas solat Jumaat, ED kembali ke sekolah untuk melaksanakan tugas sempena Maulidur Rasul. Nak tahu apa tugas ED semalam? Lihat gambar di bawah ini.
ED jadi AJK pentas. Inilah rupa pentas yang telah disiapkan oleh ED dan 2 orang lagi cikgu.
Selepas buat pentas, tolong rewang pulak bersama cikgu2 dan orang2 taman di sini.
Sekarang, jom lihat 2 gambar di bawah ini semasa berlangsungnya Maulidur Rasul pagi tadi. Ramai guru dan murid tidak dapat hadir atas sebab2 tertentu. Namun begitu, sambutan Maulidur Rasul tetap dapat dilaksanakan dengan sempurna.
ED bersama Cikgu Ina dan Cikgu Dayah berarak bersama murid2 mengelilingi taman.
Dari kiri ED, Cikgu Nazir, Cikgu Jam, Cikgu Adila dan Cikgu Dayat. yang duduk di bawah tu, Cikgu Khadiahtun dan anaknya. Macam 1 keluarga pulak. Hehe.. Program2 sebegini rupa biasanya akan mengeratkan lagi hubungan antara cikgu2.
Okelah, selesai Maulidur Rasul pagi tadi menandakan ED dah boleh bercuti selama seminggu. Cuti bukan sebarang cuti. Waktu cuti ni ED nak menanda kertas ujian karangan murid2. Udada Ubabye!!
ED: Selamat bercuti!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan