Hai, semalam ED ada terbaca komen pembaca dalam sebuah akhbar yang berbunyi, ibu bapa janganlah berfacebook kerana ianya melalaikan. Tetapi, itu semua bergantung kepada individu itu sendiri. Jika mereka bijak gunakan masa, ED rasa perkara2 negatif tidak akan terjadi. Gara-gara facebook, ED tak sangka telah bersahabat dengan ibu kepada pelakon cilik yang dramanya akan ditayangkan esok di TV9. Nak tahu siapa pelakon cilik tersebut? Lihat gambar di bawah.
Inilah pelakon cilik tersebut, Puteri Syasya. Dia akan menjadi anak kepada Memey dalam drama Bukan Untukmu di TV9 esok malam.
Nama ibu pelakon cilik tersebut dalam facebooknya ialah Hajjar Zayn Al Edruce. Ibu Puteri Syasya ni bekerja sama seperti ED iaitu guru sekolah rendah. Lokasinya di Negeri Sembilan. Jadi, melalui facebook ibu Puteri Syasya ni, ED dapat mengetahui perkembangan drama2 yang dibintangi oleh anaknya sendiri. Mesti anda ingat ED yang add ibu Puteri Syasya kan? Tidak, sebaliknya ibu Puteri Syasya yang add ED dahulu di facebook. Sebelum ini, ED tak tahu pun Hajjar Zaynn Al Edruce yang ED terima menjadi kawan di facebook adalah ibu Puteri Syasya.
Inilah facebook ibu Puteri Syasya. Klik sini.
Minggu ini, ED juga telah bersahabat dengan pelakon cilik itu sendiri di facebook Puteri Shasha Mashitah. Jika anda tak kenal puteri Syasya ni, dia pernah berlakon menjadi anak kepada Kamal Adli dalam drama Ana Lulu TV3.
Puteri Syasya bersama Kamal Adli dan Nora Danish dalam drama Ana Lulu tahun lepas di TV3. Nak add adik Puteri Syasya di FB, klik sini.
Bercakap tentang drama baharu Puteri Syasya, saksikan esok drama Bukan Untukmu di TV9 bersama lakonan Memey, Ako Mustafa dan Fikri. Drama 15 episod ini terbitan Suhan Movies. ED akhiri catatan hari ini dengan gambar2 semasa shooting drama ini yang ED perolehi daripada facebook ibu Puteri Syasya. Terima kasih, Kak Hajjar. Udada Ubabye!!
Shooting drama Bukan Untukmu
Pengarah Along Kamaruddin tengah memberi arahan kepada Memey dan Fikri.
Memey dan Fikri dalam Bukan Untukmu TV9.
ED: Facebook dapat mengeratkan hubungan persahabatan!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan