Hai, tidak mudah untuk memuaskan hati orang. Begitu jugalah dengan nasib pengacara Melodi TV3, Dira Abu Zahar. Di Facebook Melodi TV3, ramai penonton Melodi yang mengkritik gaya pengacaraan Dira. Ramai yang memberikan respons negatif iaitu Dira tidak sesuai jadi pengacara Melodi. Paling dahsyat, ada individu yang mencipta halaman di facebook, Pengacara Melodi, Zizan best giler tapi Dira tu boring kot.
Pengacara Melodi, Dira dan Zizan.
Pada 12 Februari lalu, Awal Ashaari telah menjadi pengacara jemputan Melodi (menggantikan Dira) bersama Zizan. Kesan daripada itu, ramai penonton yang suka kalau Awal menggantikan Dira terus dalam Melodi TV3.
Awal Ashaari dalam Melodi bulan lepas.
Bagi ED, Dira OK je jadi pengacara Melodi. Kadang-kadang Zizan terlalu banyak bercakap dan ED kurang suka lihat Zizan bercakap kasar kepada Dira. Kalau anda ingat lagi, ayat Zizan seperti ini "mereka tu jodoh, kau tu bodoh..". ED bukan anti Zizan tetapi catatan ini untuk kebaikan bersama. Udada Ubabye!!
ED: Melodi rancangan info artis nombor 1 di Malaysia.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan