Isnin, 19 Mac 2012

Sinopsis minggu akhir drama Atas Nama Cinta TV3


Hai, minggu ini adalah minggu akhir drama Atas Nama Cinta di TV3. Seperti yang dinyatakan melalui gambar di atas, drama tersebut akan tamat pada 22 Mac nanti. Eksklusif di blog ini, ED akan kongsi sedikit sinopsis minggu akhir drama Atas Nama Cinta. Jika anda peminat drama ini, mesti anda tak sabar nak tahu kan?

Ghaz

Apa yang terjadi pada Ghaz? Ghaz tidak meninggal dunia kerana dia sempat diselamatkan. Rancangan Balqis untuk membunuh Ghaz melalui orang upahannya telah gagal. Ghaz juga telah mengesyaki bahawa ada seseorang yang cuba membunuhnya.

Balqis

Akhirnya perbuatan jahat Balqis telah memakan dirinya sendiri. Rupa2nya perbualan dia bersama orang upahannya telah dirakam. Dia telah ditangkap oleh polis dan dijatuhi hukuman penjara 20 tahun. Sepandai2 tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga.

Cinta

Bagaimana kesudahan cerita Cinta? Adakah dia dan Ghaz akan bersatu? Yang ni, anda kena tengok sendiri pada hari Khamis nanti. Tak surprise la kalau ED bagitahu hari ini. Yang pasti, tajuk drama atas nama Cinta akan terjawab pada episod akhir nanti. Okelah, ED akhiri dengan apa yang Zest & Zrett tentang drama ini. Dah lama rasanya tak ZZ. Udada Ubabye!!


5 yang Zest tentang drama Atas Nama Cinta!
  1. Jalan cerita yang menarik walaupun dikatakan meniru drama Korea.
  2. Penggambaran di Australia, Perlis dan Kedah yang sangat cantik!
  3. Fiza nampak cantik dalam drama ini.
  4. Montaj drama ini sungguh grand!
  5. Lagu tema Atas Nama Cinta pun best.
2 yang Zrett!!
  1. Make-up pelakonnya terlalu tebal.
  2. Drama ini seakan2 dipotong jalan ceritanya kerana ada beberapa babak yang nampak seperti terlalu cepat berlaku. Takpe, hanya ED yang faham..


ED: Drama Atas Nama Cinta berakhir, Cinta Buat Emelda menyusul..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Blogger

Foto saya
Johor Bahru, Johor, Malaysia
Blog Hiburan dan Peribadi