Ahad, 18 Mac 2012

Tahniah, drama Vanila Coklat akan difilemkan.

Hai, tahukah anda? Episod akhir drama Vanila Coklat telah mencatat rating 4.5 juta penonton. Kerana sambutan yang amat hebat daripada penonton, drama Vanila Coklat akan difilemkan. Sumber yang ED perolehi daripada blog RotiKaya, mengatakan bahawa Grand Brilliance berminat ingin menerbitkan filem Vanila Coklat dengan kerjasama penerbit Asia Media Content.

 Tuah Vanila Coklat, Izara dan Aiman akan pergi ke Paris untuk penggambaran filem.

Penggambaran Vanila Coklat The Movie dijadualkan akan dilakukan pada bulan Mei ini. Ada beberapa penggambaran yang akan dilakukan di kota cinta Paris dan Rom. Menarik bukan? Okelah, bagi peminat setia drama Vanila Coklat, tunggu kehadiran filem Vanila Coklat pulak di pawagam ye. Udada Ubabye!!



ED: Tahniah untuk team Vanila Coklat!

2 ulasan:

Blogger

Foto saya
Johor Bahru, Johor, Malaysia
Blog Hiburan dan Peribadi