Hai, ini sambungan daripada kisah ED menjadi guru pengiring ke Program Didik Bistari tadi. Ada 2 orang murid yang ED kena hantar ke rumah. Semasa dalam perjalanan ke rumah murid di Puteri Park, ada sekatan jalan raya oleh pihak polis. Terkejut ED apabila melihat 2 orang murid ED tidak memakai tali pinggang keledar. Apa lagi, ED menyuruh mereka memakai tali pinggang keledar cepat2. Harap2, polis2 tersebut tak perasan.
Apabila kereta ED menghampiri sekatan polis2 tersebut, ED diminta ke tepi. Selepas itu, seorang pihak polis meminta ED mengeluarkan lesen dan IC. Aduh, mesti kena saman ni! ED tertanya2 dalam hati, "mungkin aku kena saman sebab budak2 tu tadi tak pakai tali pinggang keledar kot?' Selepas pihak polis itu memeriksa lesen dan IC, dia menulis nama ED di borang yang dipegangnya. Sah, mesti kena saman ni. Selepas itu, dia bercakap tentang kesalahan ED. Nak tahu, apa kesalahan ED? Lihat gambar di bawah.
Nombor flat depan kereta ED dah takde..
ED betul2 tak perasan yang nombor flat depan kereta dah hilang. Mungkin pagi tadi, nombor flat tu melayang semasa hujan lebat. Tambahan pula, jalan raya dipenuhi air. ED cuba menerangkan perkara sebenar, tetapi nama ED tetap ditulis pada borang saman itu. Aduh, kalau hari ini bukan rezeki ED, redha je la.
Setelah nama ED siap ditulis, polis tersebut ternampak name tag di baju ED. Dia pun tanya bahawa ED ni cikgu ke? ED menjawab ya. Selepas itu, polis itu berkata, "nanti awak beli nombor flat kereta ni. Saya tak jadi la nak saman awak." Alhamdulillah, keajaiban berlaku di saat2 akhir. Akhirnya, ED tak jadi disaman. Kepada polis2 tersebut, ED ucapkan terima kasih kerana memahami ED. Apabila mereka nampak ED senyum lega, mereka pun senyum juga. Hehe.. Okelah, hari ini dalam sejarah. Udada Ubabye!
Name tag ED. Hehe..
ED: Setakat ini, ED belum pernah kena saman lagi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan