Khamis, 31 Mei 2012

Tahniah, impian Ina Naim melahirkan anak perempuan sudah tercapai!

Hai, ED nak ucapkan tahniah kepada Ina Naim kerana selamat melahirkan bayi perempuan pada pukul 8.45 pagi hari ini. Ina Naim melahirkan anak ketiganya di Hospital Kota Tinggi, Johor.

Ina Naim bersama Suhaimi serta anak mereka Ehmad Hadi dan Sallman. Akhirnya, impian Ina untuk mendapat anak perempuan sudah tercapai.

Kenapa tiba2 ED letak catatan tentang Ina Naim? Hari ini, statistik blog EDtv menunjukkan ramai orang mencari maklumat tentang Ina Naim di blog EDtv. Supaya tidak menghampakan pengunjung blog ini, ED letak la catatan tentang Ina Naim. Hehe..

Nampak tak? Ina Naim merupakan carian tertinggi untuk hari ini di blog EDtv.

Jika anda ingin mengetahui perkembangan Ina Naim dan keluarganya, anda boleh like facebook Ina Naim atau fanpage Suhaimi Saad. Maklumat tentang catatan ini pun ED perolehi daripada facebook Suhaimi Saad. Okelah, selamat malam dan Udada Ubabye!!




ED: minat juga dengan lagu Ina Naim dulu. Hehe..

Drama 3 Janji berakhir, Bukan Bidadari menyusul di TV3

 Nad Zainal, Sharnaaz dan Sara Ali dalam Bukan Bidadari.

Hai, sebelum ini ED ada update tentang drama Bukan Bidadari yang akan ditayangkan dalam slot Lestary TV3. Hari ini terjawab sudah bahawa memang benar drama Bukan Bidadari akan menggantikan drama 3 Janji pada Jun nanti. Bilakah tarikh episod terakhir drama 3 Janji? Tengok gambar di bawah.

 Siapa pilihan Liyana Jasmay dalam 3 Janji? Shahrizal atau Shah Iskandar?

Tak terasa, sekejap je masa berlalu. Drama 3 Janji tinggal 2 episod sahaja lagi. Agak2 anda, siapa pilihan hati Dahlia? Yasin atau Kamil? Semuanya akan terjawab pada 12 Jun nanti. Jadi, pada 18 Jun nanti, drama baharu Bukan Bidadari akan bersiaran. Dijangka hebat drama Bukan Bidadari ni.

Para pelakon Bukan Bidadari bersama pengarah Faisal Ishak.
Sumber gambar: Facebook Nad Zainal

Apa yang boleh ED simpulkan, banyaknya drama2 baharu pada bulan Jun ini. Rasanya setiap slot TV3 akan ada drama baharu, daripada slot Azalea hingga slot Zehra. Okelah, selamat menonton sajian drama terbaik di TV3. Udada Ubabye!!




ED: Tak silap, esok hari jadi TV3 ke 28 tahun.

Nikon Coolpix AW100 pilihan ED

Assalammualaikum dan selamat pagi. Catatan ini adalah sambungan daripada catatan semalam tentang ED beli barang di laman web Mudah.Com. Inilah barang yang ED beli dan ED dapat semalam.

Kamera Nikon Coolpix AW100. Percuma 8gb memori kad, tali, beg kamera, card reader dan pelindung skrin belakang.

Tujuan ED beli kamera Nikon Coolpix ni sebab fungsinya yang berkenan di hati. Diantaranya fungsinya kalis air, kalis jatuh, 16 megapixel dan ada GPS di dalamnya. Kenapa tak beli kamera DLSR? Oh, ED rasa kamera ni sudah memadai untuk ED menangkap gambar.

Alhamdulillah, setelah ED periksa, kamera ini baru lagi dan produk original Nikon.

Ini surat jaminan daripada pihak Nikon Malaysia.

Ha, di sinilah tempat ED beli kamera itu. i-RGB Photoshop menjual kamera secara online dan telefon sahaja. Anda tidak akan jumpa kedainya sebab mereka tidak mempunyai kedai. Sebab itu, harga kamera yang dijual murah. ED dapat jimat hampir RM200.

Beberapa tips sebelum anda membeli barang secara online berdasarkan pengalaman ED:
  1. Periksa latar belakang syarikat dahulu sebelum membeli.
  2. Telefon pihak syarikat, daripada nada suara mereka, kita boleh tahu sama ada mereka boleh dipercayai atau tidak.
  3. Tetapkan pendirian dan berani menghadapi risiko. Jika tak yakin dan tak berani, tak payah beli,

Okelah, sebenarnya kamera ED yang sebelum ini dah terlalu lama. Sebab itu dah tiba masanya untuk ED membeli kamera yang baharu. Akan datang, ED akan tunjukkan hasil gambar yang ditangkap menggunakan Nikon Coolpix AW100. Udada Ubabye!!

 Saiznya yang praktikal memudahkan ED membawanya ke mana2 sahaja.





ED: Bukan nak menunjuk tapi ingin berkongsi maklumat.

Rabu, 30 Mei 2012

Mudah.Com lebih jimat?

Hai, anda tahu tak laman web Mudah.Com? Laman web tersebut menyediakan anda pelbagai kemudahan untuk membeli sesuatu barang, daripada yang bersaiz kecil hingga yang bersaiz besar dan daripada yang second hand hingga yang baharu. Ada juga perkhidmatan menyewa rumah. Sila klik di sini untuk pergi ke laman web Mudah.Com.

ED nak kongsi cerita ni. Pada hari Isnin lalu, ED telah membeli barang secara pos melalui laman web Mudah.Com. Macam biasa, transfer duit dahulu di bank, lepas tu barang akan diposkan. Pada awalnya rasa ragu-ragu tetapi jika tak cuba, ED tak tahu. Alasan ED membelinya, barang yang ditawarkan dalam laman web tersebut lebih murah daripada kedai. Bila ED telefon tuan kedai, kenapa barangnya murah sangat? Dia jawab, dia hanya menjual barang tersebut melalui pesanan online atau telefon  sahaja. Jadi tiada kos kedai.

Alhamdulillah, barang pesanan ED telah sampai petang tadi. Boleh percaya juga laman web Mudah.Com ni. Nak tahu apa barang itu? Bersambung esok ye.. Udada Ubabye!!




ED: Pertama kali beli barang di Mudah.Com.

Kisah benar: Gadis air mata berlian!

Hai, semalam dengan tak sengaja ED tertengok berita di TV Indonesia. Menarik juga berita utamanya tentang seorang gadis yang boleh mengeluarkan objek seakan-akan berlian daripada matanya. Setakat semalam, sudah 119 butir objek seperti berlian yang dikeluarkan.


Gadis air mata berlian tersebut namanya Tina Agustina. Semalam dalam berita Seputar Indonesia, dia telah menjalani rawatan matanya. Menurut doktor yang memeriksanya, matanya normal seperti manusia lain. Jom lihat gadis air mata berlian di bawah ini.

Tina Gustina

Kalau anda nak tengok bagaimana bentuk berlian yang dikeluarkan oleh matanya, lihat gambar di bawah ini.

 Inilah objek seperti berlian itu.

Para doktor yang memeriksanya semalam gagal untuk mengenalpasti sebab kewujudan berlian itu. Tina Agustina disuruh menjalani pemeriksaan mata lagi sehingga misteri ini terungkai. Nak tengok video berita ini, sila klik di sini. Okelah, dalam dunia ini tiada yang mustahil dengan izin Allah. Udada Ubabye!!




ED: Kalaulah berlian betul, kaya gadis tu..

Selasa, 29 Mei 2012

Telenovela Endless Love berakhir, Mara Clara menyusul di TV3

Hai, anda minat tengok Telenovela Endless Love di TV3? ED minat sebab ada Marian Rivera. Hehe.. ED nak beritahu anda bahawa drama dari Filipina itu akan tamat pada bulan Jun nanti. Nak tahu bila episod akhirnya? Jom tengok gambar di bawah.

Antara babak episod akhir Endless Love.

Selepas Telenovela Endless Love berakhir, Telenovela baharu yang akan menggantikannya ialah Mara Clara. Telenovela Mara Clara juga dari Filipina.

Kathryn Bernardo dan Julia Montes

Kathryn Bernardo turut berlakon dalam telenovela Endless Love. Dia memegang watak Jenny semasa remaja. Perasan tak? Okelah, best atau tak telenovela baru ni? ED sertakan sedikit sinopsis tentang telenovela Mara Clara di bawah ini.

Sinopsis Mara Clara

Mara dan Clara tertukar semasa lahir. Mara serang budak yang bijak dan manis tetapi dibesarkan dalam keluarga yang miskin. Clara pula seorang budak yang bijak tetapi manja kerana dibesarkan dalam keluarga kaya. Mara dan Clara rapat di sekolah. Tetapi lama kelamaan, Clara membenci Mara kerana dia beranggapan Mara ingin merampas kehidupan dia. Clara banyak menyeksa Mara sehinggalah rahsia mereka terbongkar bahawa Clara sepatutnya menjadi Mara, dan Mara sepatutnya menjadi Clara.

Bagaimana? Jalan ceritanya sama seperti sinetron Indonesia kan? Mara Clara adalah drama daripada adaptasi novel di sana, bukannya meniru sinetron2 di Indonesia. Kalau sama, itu hanyalah kebetulan. Okelah, bagi peminat drama2 Filipina, nantikan drama Mara Clara pada 13 Jun di TV3. Udada Ubabye!!




ED: Walaupun Endless Love adaptasi Autumn In My Heart, ED tetap suka.

Isnin, 28 Mei 2012

Drama Dejavu di Kinabalu mulai 18 Jun di TV3

Hai, ED nak update tarikh siaran drama Slot Akasia Dejavu Di Kinabalu di TV3. 18 Jun 2012 adalah tarikh bermula tayangannya. Sebenarnya ramai yang sudah tahu, drama ini pengganti kepada drama Seindah Sakura. ED pernah maklumkan di blog sebelum ini (klik).

Tiz Zaqyah, Aqasha dan Neelofa

ED nak update sedikit gambar2 yg berkaitan dengan drama ini. ED perolehi daripada Facebook Tiz Zaqyah dan Nazim Othman. Jom tengok gambar2 dalam Facebook Tiz Zaqyah dahulu!

 Gambar ini menunjukkan jalan ceritanya. Jalan cerita Dejavu Di Kinabalu, klik sini.

Tiz Zaqyah di puncak Gunung Kinabalu. 

 Tiz Zaqyah di set penggambaran.

 Tiz Zaqyah selaku watak utama. Dia akan membawa anda merasakan kesedihannya dalam drama ini.

Sekarang, jom lihat gambar2 daripada Facebook Nazim Othman

 Babak Nazim bersama Tiz Zaqyah.

Nazim sebagai Bazli dalam set penggambaran.

Babak ni tiada dalam drama. Ini merupakan gambar keseronokan para pelakon semasa ada waktu terluang dalam set penggambaran.

Okelah, sama-sama kita nantikan drama Dejavu Di Kinabalu. Selepas tamat drama ini, drama Akasia Ramadan akan menyusul pula. ED tengah mencari, drama Ramadan apa agak2nya untuk slot Akasia tahun ini? Nanti kalau ED dah tahu, ED akan update di sini ye. Udada Ubabye!!



ED: Best drama ni, rasanya bukan adaptasi novel.

Ahad, 27 Mei 2012

Drama Suri mulai 11 Jun ini dalam Slot Azalea TV3

Hai, drama ini pun akan tayang pada bulan Jun juga. Drama Suri akan tayang pada 11 Jun nanti dalam slot Azalea TV3. Waktunya macam biasa bermula pukul 4 petang.

Izreen Azminda dan Hanez Suraya dalam Suri TV3

Sedikit sinopsis drama Suri:
Suri (Hanez Suraya) selalu dimusuhi oleh Kira (Izreen) sejak dari bangku sekolah lagi. Pelbagai kejahatan yang dilakukan Kira terhadap Suri. Keadaan menjadi rumit apabila ibu Suri dan ayah Kira berkahwin. Disinilah konflik bermula. 

Jalan ceritanya seakan-akan Bawang Putih dan Bawang Merah menurut Hanez Suraya. Cuma dalam drama Suri tiada watak peri atau bidadari yang boleh terbang seperti dalam drama di Indonesia tu. Hehe.. Mula2, ED ingatkan drama Suri ni adaptasi daripada lagenda Mahsuri. Rupa2nya tidak. Okelah, sama2 kita nantikan pada bulan Jun nanti. Udada Ubabye!!

 Shaarnaz Ahmad pun berlakon dalam Suri. Ini shooting babak di kolej bersama Amy.




ED: banyaknya drama baharu TV3 pada bulan Jun nanti!

Drama Waris menggantikan Amukan Pocong dalam slot Seram TV3

Hai, anda minat tengok drama seram Kekasihku Seru di TV3 pada tahun 2008? Jika ya, ini ada berita baik untuk anda. Drama Waris merupakan sambungan daripada drama Kekasihku Seru yang pernah mencatatkan jumlah penonton yang tinggi. Drama Waris juga merupakan drama yang akan menggantikan drama Amukan Pocong dalam slot Seram TV3.

Fizz Fairuz 
Sumber gambar telah diubahsuai daripada abpbh.com.

Antara pelakon drama Waris ialah Fizz Fairuz, Datin Umie Aida dan Emelda Rosmila. Drama ini akan bersiaran pada 14 Jun nanti. Waktunya pukul 10 malam di TV3. 

Emelda, Datin Umie dan Fizz Fairuz

Emelda Rosmilla dan Fizz Fairuz waktu shooting di Morib.
Sumber: Twitter Fizz Fairuz

Buat pengetahuan anda, drama Kekasihku Seru telah diulang tayang semula bermula semalam. Jika anda nak tengok, drama Kekasihku Seru diulang semula pada hari Jumaat, Sabtu dan Ahad jam 6 petang. Semalam baru episod 1. Mungkinkah drama Waris akan lebih seram daripada Kekasihku Seru? Yang tu, anda kena tengok sendiri. Udada Ubabye!!




ED: Sama-sama kita nantikan!

Drama Naziha menggantikan Bunga-Bunga Syurga dalam slot Zehra TV3

Hai, hari ini ED nak update tentang drama Zehra terbaharu di TV3 yang bertajuk Naziha. Drama Naziha akan menggantikan drama Bunga-Bunga Syurga . Drama Naziha akan ditayangkan pada 15 Jun nanti. Kepada peminat Izara Aishah, mesti anda tak sabar nak menontonnya kan?

Izara Aishah sebagai Naziha

Izara Aishah akan bergandingan dengan Ryzal Jaafar selaku watak utama. Selain mereka, jom tengok pelakon2 lain yg akan membintangi drama Naziha.

Watak utama, Izara dan Ryzal

Keluarga Naziha, Izara Aishah, Mustafa Kamal dan Nadia Kesuma.

Selain itu, ada Erry Putra, Ammar, Nelly Nadia dan Zain Saidin.

Semua gambar ED perolehi daripada Facebook Izara Aishah. Semua perkembangan dan aktiviti terbaharu, Izara akan update di Facebooknya. Buat pengetahuan anda, ini merupakan kali kedua Izara Aishah menjadi heroin dalam slot Zehra TV3. Kali pertama, dia muncul dalam drama Keranamu Laila. Okelah, sama-sama kita nantikan drama Naziha di TV3. Udada Ubabye!!

Izara Aishah menjadi murid sekolah menengah dalam Naziha.




ED: Izara Aishah semakin bersinar di TV3.

Sabtu, 26 Mei 2012

Solat Hajat & Bengkel Menjawab Soalan UPSR 2012

Hai, cuba teka ED berada di mana?

Assalammualaikum. Petang tadi, berakhirlah program Solat Hajat dan Bengkel Menjawab Soalan UPSR 2012 anjuran sekolah dan surau taman berdekatan. Program yang bermula dari petang semalam telah diadakan di Surau Az- Zakirin Taman Puteri Wangsa. Kebiasaannya, program sebegini dilakukan di sekolah2 sahaja, tetapi sekolah ED ingin mencari perbezaan sedikit. Murid2 bermalam di surau malam tadi. ED ditugaskan untuk menangkap gambar2 sepanjang program berlangsung. Jom lihat beberapa gambar di bawah ini.

 Program semalam dimulakan dengan Solat Hajat. Hari ini program diteruskan dengan Qiamulail, Solat Subuh berjemaah dan diikuti dengan Kuliah Subuh.

 Komuniti surau membantu memasak dan menyediakan makanan. Sedap la masakan mereka. Makan sekali nak tambah lagi. Terima kasih gang surau!

Antara suasana bengkel menjawab soalan UPSR.

Semoga berjaya kepada para peserta. Kami boleh!

 ED bersama rakan sekerja. Asyik ambil gambar orang je, diri ini pun nak bergambar juga. Hehehe..

Berakhirnya program ini petang tadi, maka dengan rasminya ED dah boleh bercuti selama 2 minggu mulai sekarang. Walaupun bercuti, masih ada kertas peperiksaan murid yang belum habis ditanda. Okelah, ada cerita menarik untuk ED kongsi bersama anda semasa kuliah Subuh pagi tadi. ED akhiri dengan cerita tersebut. Udada Ubabye!!

Semasa kuliah Subuh pagi tadi, ED mengejutkan seorang murid lelaki yang tertidur (gambar blur). ED tanya dia, "awak tak tidur ke malam tadi?" Dia jawab, "entah la cikgu, saya rasa, saya macam tak tidur malam tadi.." Hehehe.. dia boleh tak pasti sama ada dia tidur atau tidak?



ED: Kepada guru2, selamat bercuti!

Jumaat, 25 Mei 2012

Air sirap

Hai, ini dia sedikit cerita ED di sekolah pagi tadi. Kisahnya tentang ragam murid semasa peperiksaan Pendidikan Seni. Sebelum peperiksaan bermula, ED menyuruh murid2 yg ingin menggunakan warna air supaya mengambil air di tandas terlebih dahulu. 


Sedang ED mengawas peperiksaan tersebut, ED terpandang seorang murid ni. Dia membancuh warna airnya dengan air sirap (bekal dia). Jom lihat gambar di bawah.

Nampak tak air sirapnya?

Bila ditanya kenapa dia guna air sirap, dia hanya senyum sahaja. Pelik, tapi kalau itu kemahuannya, apa nak dikata? Cuma sayang, air minumannya dijadikan air bancuhan warna air. Padahal, ED dah bagi keizinan untuk keluar mengambil air di tandas. Okelah, ED akhiri catatan hari ini dengan tabiat ED semasa musim peperiksaan. Udada Ubabye!!

Tulisan ED di papan hitam tadi. ED suka betul menulis dengan gaya yang berbeza macam ni. ED ingat lagi, dari tingkatan 4, ED suka menulis di papan hitam bila waktu peperiksaan dengan corak2 yg bagi segelintir orang keterlaluan. Hehehe..



ED: suka subjek Seni masa di sekolah dulu.

Khamis, 24 Mei 2012

Tarikh dan sinopsis episod akhir Amukan Pocong TV3

Hai, malam ini drama Amukan Pocong akan masuk episod ke 11. Ini bermakna drama tersebut semakin hampir ke penghujungnya. Jom lihat tarikh episod akhir drama seram ini.

Jangan lupa!


Okelah, sekarang ED nak beritahu anda tentang sinopsis episod akhir drama ini pada bulan depan. Nak tahu? Ini dia sedikit sinopsis episod akhir Amukan Pocong.

Sinopsis Episod Akhir (7 Jun 2012)

Tok Sayut, Sulaiman dan penghulu bermesyuarat untuk menyelesaikan masalah pocong ini. Dengan ilmu yang pernah diajar oleh ayahnya, Tok Sayut dan beberapa orang pergi semula ke pokok di mana Awang ditanam. Mampukah mereka mengembalikan pocong2 ini ke tempat asal mereka? Nantikan kesudahannya.

Akhir sekali, ED nak buat rumusan ringkas tentang drama ini dalam segmen Zest & Zrett!

2 yang Zest!
  1. Solekan pocong dalam drama ini memang mengerikan.
  2. Unsur seram dalam drama ini memang terasa.
1 yang Zrett!
  1. Kenapa pocong dalam drama ini suka bergolek2? Bukan ke pocong suka melompat2?

Okelah, teruskan menonton drama Amukan Pocong di TV3. Jangan terpedaya sangat, ini hanya cerita rekaan semata-mata. Untuk hiburan sahaja ye. Udada Ubabye!!




ED: Geli tengok mulut pocongnya banyak darah..

Rabu, 23 Mei 2012

Sinopsis drama Ameera dalam Slot Samarinda TV3

 Rita Rudaini dan Shamsul Yusof

Hai, malam ini drama baharu Ameera akan bersiaran dalam slot Samarinda TV3. Banyak kali TV3 iklankan drama tersebut. Tengok daripada iklannya memang menarik perhatian. Lagu latarnya yang berdentam-dentum menyebabkan anda mesti tak sabar menontonnya. Jom tengok iklan Ameera di blog EDtv sekali lagi.


Kalau anda tengok iklan, mesti anda rasa Rita Rudaini akan bawa watak jahat. Tetapi bila anda baca sinopsisnya di bawah ini, baru anda tahu siapa yang jahat. Penasaran? Jom baca sedikit sinopsis yang ED perolehi dan ubahsuai daripada TV3. 

Sinopsis Ameera


Ameera (Rita) dan Ameer (Shamsul) merupakan pasangan suami isteri yang kaya. Ameera memiliki syarikat perabot mewah dan Ameer bekerja di pelabuhan. Walaupun Ameera kaya, dia tidak boleh mengandung. Kerana menyayangi suaminya, Ameera mencadangkan Ameer berkahwin lain supaya perempuan itu boleh mengandungkan anaknya. Mengikut perjanjian, setelah perempuan itu melahirkan anak Azmeer, Azmeer boleh menceraikan perempuan itu. Ameer tidak bersetuju namun Ameera nekad mencarikan perempuan yang boleh memberikan zuriat kepada Ameer melalui sebuah perjanjian.

Zila (Zarina), seorang gadis kampung dibawa oleh Farouk kekasihnya ke Kuala Lumpur untuk bekerja. Dialah yang diupah oleh Ameera untuk berkahwin dengan Ameer. Konflik berlaku apabila Zila jatuh cinta kepada Ameer. Dia berubah menjadi tamak dan sanggup memecahbelahkan hubungan Ameera dan Ameer. Konflik2nya anda kena tengok sendiri dalam drama ini.

Bagaimana? Menarik bukan jalan ceritanya. Sama-sama kita tengok episod pertamanya malam nanti. Drama ini bukan terbitan Skop Production. Drama ini terbitan Zeel Production. Ramai yang menyangka drama ini daripada Skop Production gara2 ada Shamsul Yusof. Okelah, Udada Ubabye!!



ED: Selamat menonton!

Lagu-lagu latar dalam drama 3 Janji TV3

Hai, atas permintaan seorang pembaca blog EDtv, ini dia lagu-lagu latar yang digunakan dalam drama 3 Janji di TV3. Jom dengarkan semula di sini.

 Drama yang semakin menjadi perbualan hangat..

Mula-mula sekali, kita dengar dulu lagu temanya daripada Aizat, Mana Oh Mana.


Selepas itu, kita dengar pulak lagu yang paling diminati dalam drama ini iaitu lagu daripada Panglima Band, Cinta Terindah.


Seterusnya, jom dengarkan lagu yang berentak ceria daripada Keroz Nazri iaitu Pencuri Hati.


Ada lagi, lagu kumpulan Mojo pun ada juga dalam drama ini. Tajuknya, Andai Ku Bercinta Lagi.


Lagu Indonesia pun ada, daripada kumpulan Kerispatih, Mengenangmu. Jom dengar sedikit lagunya di bawah ini.



Okelah, akhir sekali ED sertakan lagu bonus drama 3 Janji iaitu lagu Mana Oh Mana versi Alvin and Chipmunks. Dalam drama tu tak ada, cuma di blog ini sahaja ada. Hehehe.. Gurau2 sahaja. Maaf la, ada beberapa buah lagu lagi yang ED tak dapat cari sebab tak tahu siapa penyanyinya. Sesiapa yang tahu, mungkin anda boleh kongsikan melalui komen di bawah ini. Udada Ubabye!!


\



ED: Teruskan menonton 3 Janji!

Selasa, 22 Mei 2012

Eira Syazira follow Twitter EDtv!

 Eira Syazira dalam drama Tetap Maghrib untuk siaran Ramadan nanti..

Hai, apa perasaan anda jika Twitter anda diikuti oleh artis kesukaan anda? Mesti gembira kan? Itulah yang terjadi kepada ED malam semalam kerana Eira Syazira follow EDtv di Twitter. Tak percaya? Ini buktinya..


Bercakap tentang Eira Syazira, semalam ED sempat bertanyakan dia tentang drama terbarunya untuk bulan Ramadan nanti. Akan datang, drama Eira Syazira sempena bulan Ramadan nanti bertajuk Tetap Maghrib (lihat gambar di atas). Drama Tetap Maghrib akan ditayangkan di RTM (tak pasti TV1 atau TV2). 

 Jawapan Eira Syazira kepada soalan ED di Twitter semalam.

Telemovie Eira Syazira sempena Aidilfitri nanti pula bertajuk Mencari Takbir. Lagi 1, lagu Prasasti Cinta nyanyiannya akan dicalonkan dalam pencalonan baru Muzik Muzik 27. Wah, semoga berjaya untuk Eira Syazira. Semoga lagu Prasasti Cinta dapat mara ke AJL. Udada Ubabye!!



ED: dia pelakon airmata kesukaan ED.

Blogger

Foto saya
Johor Bahru, Johor, Malaysia
Blog Hiburan dan Peribadi