Selasa, 1 Mei 2012

ED pernah ditawarkan kerja di TV3

Hai, selamat hari pekerja! Semoga hari cuti ini dapat membawa kegembiraan kepada pekerja semua! Eksklusif 1 Mei ini, ED nak berkongsi dengan anda tentang kenangan masa lalu ED. Jangan tak percaya, ED pernah menerima panggilan daripada pihak TV3 untuk bekerja di sana. ED memang minat sangat untuk bekerja dengan TV3 dari ED di bangku sekolah lagi. Jom ikuti kisah ED di bawah ini.

Pada tahun 2007, ED bagaikan tak percaya apabila menerima panggilan daripada pihak TV3. Penelefon tersebut bernama Encik Zainal. Dia memberitahu ED supaya datang ke Sri Pentas TV3 untuk ujibakat sebagai wartawan dan bekerja dengan TV3. Dia juga sempat bertanyakan tentang program kegemaran ED. Perasaan gembira ED pada masa itu, hanya Tuhan yang tahu sebab ED memang pernah bercita2 untuk bekerja di TV3.

Nombor telefon Encik Zainal TV3. ED akan simpan sebagai kenangan.

Pada mulanya, ED berasa sangsi. ED juga bertanyakan kepada Encik Zainal bahawa adakah ini benar ataupun hanya panggilan hangit (Hot fm)? Sebabnya, ED tak pernah hantar resume ke TV3. Lagipun, ED masih berada di semester 4 UKM. Selepas berbual lama juga dengan Encik Zainal, akhirnya ED yakin bahawa panggilan itu adalah benar2 daripada pihak TV3.

ED terima atau tidak? ED meminta maaf kepada Encik Zainal kerana ED terpaksa menolaknya sebab nak habiskan pengajian ED di UKM. Tetapi, Encik Zainal berpesan bahawa setelah tamat pengajian, ED boleh menghantar resume dan datang ujibakat lagi. 

Selepas tamat pengajian, tawaran KPLI di maktab datang dahulu dan ED akur bahawa takdir ED adalah untuk menjadi seorang cikgu. Sampai bila2 ED tak akan lupa kenangan tersebut dan ED masih tertanya2, dari mana pihak TV3 tahu nombor telefon ED? Kalau dah takdir, apa2 pun boleh jadi. Udada Ubabye!!

Kenagan ED semasa berada di maktab (KPLI)



ED: Manusia merancang, Tuhan menentukan..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Blogger

Foto saya
Johor Bahru, Johor, Malaysia
Blog Hiburan dan Peribadi