Hai, dah 2 hari ED tak update blog sebab line internet streamyx tergendala. Alhamdulillah, hari ini dah OK. Hari ini ED nak berkongsi cerita tentang di sekolah pagi tadi. Pagi tadi, murid Moral ED tahun 3 yang datang hanya 4 orang daripada 9 orang murid. Sebab sedikit yang datang, ED bawa 4 orang murid tersebut ke perpustakaan untuk membaca buku. Nak tahu apa yang berlaku di perpustakaan? Baca kisah ini sampai habis.
Objektif ED membawa 4 orang murid tersebut agar mereka dapat membaca buku-buku di perpustakaan. Nilai kerajinan dapat diterapkan apabila mereka membaca buku. Tetapi hanya seorang murid sahaja yang mahu membaca buku. Manakala 3 orang murid lagi mahu membaca surat khabar bersama ED. Mereka suka tengok gambar dalam surat khabar, lepas tu ED yang kena terangkan apa yang terjadi dalam gambar tu. Jom ikuti dialog ED bersama 3 orang murid semasa membaca surat khabar Utusan bersama-sama mereka.
Murid: Cikgu, kenapa dalam gambar ni? Kenapa orang pukul polis?
Rusuhan Bersih 3.0
ED: Oh, beginilah jadinya jika orang-orang tiada nilai moral. Awak semua jangan jadi macam ni.
Ok, ED nak cepatkan cerita. Belek punya belek, akhirnya sampai di muka surat ruangan sukan. Yang ni bab paling malas dan susah ED nak terangkan kepada murid. Nak tahu apa dia? Jom teruskan...
Murid: Cikgu!!
ED: Kenapa?
Murid: Lihat cikgu, kenapa dia pakai macam ni?
Hahaha.. Tergelak sekejap ED. Aduh, soalan murid yang ni susah untuk ED terangkan sebab sebelum ini, ED pernah mengajar murid2 Moral ED supaya memakai pakaian yang sopan.
Ini dia jawapan ED kepada murid2 tadi, "dalam sukan renang, memang kena pakai macam ni." Selepas itu, ED cepat2 menukar halaman surat khabar seterusnya agar mereka tanya soalan lain pulak. Hahaha..
Okelah ini baru bahagian 1 kisah di perpustakaan pagi tadi. Ada bahagian 2 pulak selepas ini. Teruskan bersama blog EDtv. Udada Ubabye!!
ED: Rajin bertanya, tidak sesat jalan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan