Hai, siapa minat Hello Kitty? Selepas Legoland dibuka, bulan Oktober 2012 pula ada pembukaan Taman Hello Kitty di Nusajaya. Konsepnya taman tema dalam dewan. Wah, bakal jadi tumpuan Nusajaya Johor pada hujung tahun ini.
Taman tema Hello Kitty di Nusajaya Johor
ED rasa Taman Hello Kitty ni sesuai untuk hiburan kanak-kanak. Selain ada permainan berkonsepkan kartun Hello Kitty, ada juga yang berkonsepkan Pingu, Bob The Builder dan Barney. Selain itu ada juga kedai-kedai dan restoran-restoran. Pusat hiburan ini sesuai untuk kunjungan seisi keluarga..
Bangunan Taman Hello Kitty ini masih dalam kerja2 pembangunan. Tengok daripada luar, macam best je tempatnya.
Okelah, pada bulan 10 nanti, jika anda ke Legoland, jangan lupa singgah di Taman Hello Kitty. ED akhiri dengan keratan akhbar tentang Taman Hello Kitty. Udada Ubabye!!
Sumber gambar: facebook Nusajaya City, JB.
ED: ada banyak lagi pembangunan di Nusajaya Johor.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan