Jumaat, 28 Oktober 2011

Cerekarama Jalan Songsang di TV3

Hai, kalau diamati telemovie2 yang disiarkan di TV3 pada tahun ini, banyak yang berunsurkan dakwah dan keagamaan. Inilah yang dinamakan revolusi. Kalau dulu, cerita2 dalam slot Cerekarama TV3 banyak berunsurkan cinta segi tiga dan cinta antara dua darjat, tapi kini sudah berubah. Esok sebuah lagi telemovie yang banyak pengajarannya akan disiarkan di TV3 iaitu Jalan Songsang.

 Antara pelakon Jalan Songsang, Johan Asari, Wan Sharmila dan Hairi. Mula2, mereka ni merupakan remaja yang liar dalam cerita ni.

Wah, dengar bunyi tajuknya macam "sesuatu". Tetapi telemovie ini tiada kena mengena dengan cinta sesama jenis. Jalan songsang dalam drama ini menyentuh tentang kehidupan remaja yang tersalah langkah dalam hidup. Kalau dilihat iklannya di TV3, Zizan Nin menjadi ustaz dan membimbing remaja ke jalan kebaikan. Tetapi kenapa dia dipenjarakan? Tengok sendiri malam esok ye..

 Zizan Nin

Akhir sekali, ED yakin sekarang ini saham Johan Asari tengah melambung tinggi. Kalau ada sahaja nama dia dalam sesebuah cerita, mesti ramai orang mahu menontonnya. Esok saksikan Johan Asari dengan wataknya yang suka bercakap menengking-nengking dalam Jalan Songsang TV3. Udada Ubabye!!

Johan Asari yang suka bergambar dan Wan Sharmila yang awet muda.

Di belakang tabir jalan songsang.. Kalau dilihat para pelakon yang tadinya liar menjadi insaf. Mungkinkah jalan ceritanya, orang baik tak selalunya baik dan orang tak baik tidak selalunya tak baik? Huh.. berbelit2. Hehehe.. Tengok sendiri la esok.

Gambar Jalan Songsang: Kredit kepada Facebook Wan Sharmila Lala.


ED: Jalan yang lurus, don't belok2.. hehe..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Blogger

Foto saya
Johor Bahru, Johor, Malaysia
Blog Hiburan dan Peribadi