Khamis, 27 Oktober 2011

Pentas terbesar dan tercanggih dalam The X-Factor USA..

Hai, semalam ED tengok rancangan The X-Factor USA secara langsung di saluran 5 (Singapura). Untuk makluman anda, di Johor Bahru dapat banyak siaran TV. Di rumah ED dapat 15 siaran TV termasuk siaran Malaysia, Singapura dan Indonesia. Jadi, tak payah pakai Astro pun tak apa. Berbalik kepada rancangan tersebut, ED betul2 kagum melihat pentas yang digunakan. Betapa besar dan canggihnya pentas The X-Factor USA. Betul2 mewah dan spektakular rancangan tersebut!

 The X-Factor USA setiap hari Rabu & Khamis disiarkan secara langsung di saluran 5 (Singapura). Di Malaysia, disiarkan pada hari Jumaat dan Sabtu di 8tv.

ED baru pertama kali tengok rancangan tersebut. Kenapa ED buat catatan tentang pentas hari ini? Sebenarnya jika ED tonton sesebuah rancangan hiburan seperti pertandingan nyanyian atau anugerah2 besar, ED suka perhatikan ruang pentasnya. Di sekolah juga, ED suka terlibat dalam persiapan pentas jika ada program2 tertentu. Jadi dengan menonton TV, memberikan inspirasi kepada ED. Jom kita lihat beberapa gambar pentas The X-Factor USA. ED memang kagum melihatnya..

Sebelum salah seorang peserta membuat persembahan, beginilah pencahayaan pentasnya daripada pandangan hadapan.

Apabila peserta mula membuat persembahan, semua ruang pentasnya mengeluarkan cahaya yang terang dan cantik.

Pandangan dari atas pentas.

Lantai pentasnya juga mengeluarkan cahaya..

Seluruh pentas bercahaya..

Jika dilihat dari bawah, bahagian atas pentas juga turut mengeluarkan cahaya.


Tangga lutsinar yang digunakan sebagai props pentas. Nampak eksklusif..

Apabila juri sedang memberikan komen, muka peserta terpampang besar di skrin pentas. Fuhhh, canggih betul la! Mesti menggunakan teknologi yang tinggi.

Bagaimana? Anda kagum tak? Mesti para peserta rancangan tersebut teruja membuat persembahan di pentas yang gah tersebut. Okelah, jika tadi anda lihat gambar, sekarang anda layan pulak video bagi gambar di atas. Udada Ubabye!!



ED: Bagaimana pentas Anugerah Skrin nanti ye?

2 ulasan:

  1. x-factor thn ni mmg besh giler... peserta pun hebat2...

    BalasPadam
  2. betul.. susah nak jangka siapa yg menang 5 juta nnt.

    BalasPadam

Blogger

Foto saya
Johor Bahru, Johor, Malaysia
Blog Hiburan dan Peribadi