Khamis, 27 Oktober 2011

42 Artis datang ke Plaza Angsana sempena Jelajah FFM ke 24

Hai, apa plan anda pada hari Jumaat dan Sabtu ini? Kalau anda free pada hari Jumaat dan Sabtu ini (28 dan 29 November 2011), anda boleh la datang ke Plaza Angsana Johor Bahru. Ada ramai artis datang ke sana sempena Jelajah Festival Filem Malaysia ke 24. Ini yang pertama kali diadakan di JB. Maaf, ED tak pasti pula masanya. Selalu kalau ada program sebegitu rupa, masanya bermula kira-kira pukul 2 petang.

Tahun ini Negeri Johor telah dipilih untuk Jelajah FFM ke 24

Jelajah FFM ke 24 bekerjasama dengan Yayasan Warisan Johor. Selain dapat berjumpa artis esok, anda juga akan dihiburkan dengan persembahan kebudayaan Johor. Wah, mesti best ni. Antara artis yang akan hadir esok ialah Aaron Aziz, Datin Umie Aida, Fauzi Nawawi dan Lisdawati, Datuk Yusuf Haslam, David Teo dan ramai lagi. ED dimaklumkan bahawa 42 orang artis termasuk pelakon dan penerbit filem akan terlibat.

Antara artis yang datang ialah Aaron Aziz.

 Datin Paduka Umie Aida pun datang esok.

Festival Filem Malaysia ke 24 akan berlangsung pada 19 November ini dan akan disiarkan di saluran Astro. Majulah Filem Malaysia! Udada Ubabye!!


ED: tak tahu lagi nak pergi atau tak?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Blogger

Foto saya
Johor Bahru, Johor, Malaysia
Blog Hiburan dan Peribadi