Rabu, 26 Oktober 2011

Happy Deepavali & Pardes

Hai, vannakam. Selamat Hari Deepavali kepada kaum Hindu yang meraikannya pada hari ini. Terutama sekali kepada kawan2 ED dan anak murid ED yang beragama Hindu. Semoga berbahagia dan bergembira.


Istimewa Deepavali ini, ED nak berkongsi dengan anda tentang filem Bollywood yang mula2 sekali ED tengok. ED mula menonton filem Bollywood pada tahun 1999, di mana pada waktu itu, filem Bollywood sedang hangat dibualkan oleh kawan2 di sekolah.. Hehe.. Bila dah dengar kawan2 asyik berbual tentang nama2 pelakon Bollywood, mulalah ED nak cari tahu. Jom berhibur dengan lagu dari sebuah filem Bollywood yang mula2 sekali ED tengok di TV.


Filem Pardes lakonan Shah Rukh Khan dan Mahima Chaudary adalah filem Bollywood pertama yang ED tengok di kaca TV. Oh, patutlah dulu kawan2 ED suka tengok filem Bollywood. Jalan ceritanya yang panjang penuh dengan aksi dan lagu2 yang menghiburkan (walaupun tak faham bahasanya). Selepas itu, ED layan juga la beberapa filem Bollywood. Tetapi sekarang, ED dah tak layan lagi filem Bollywood. Entah la, mungkin dah tak musim lagi kot di Malaysia. Sampai di sini dahulu, Nandri dan Udada Ubabye!!



ED: Happy Deepavali!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Blogger

Foto saya
Johor Bahru, Johor, Malaysia
Blog Hiburan dan Peribadi