Selasa, 25 Oktober 2011

Drama Soffiya berakhir, Zikir Buat Dhia menyusul di TV3

Hai, hari ini ED kembali menulis blog tentang drama TV. Anda minat tonton drama Akasia, Soffiya? Kalau minat, sama la dengan ED. ED pun minat drama tu. Jalan ceritanya sukar untuk diramal, itulah yang ED suka. Hehe.. Tahukah anda, bilakah tarikh episod akhir drama Soffiya? Sebentar lagi, ED akan beritahu anda termasuk drama baharu yang akan menyusul selepas Soffiya.


ED rasa tak terlalu awal untuk ED umumkan tentang tarikh episod akhir Soffiya. Jom kita lihat tarikh episod akhir drama Soffiya melalui gambar di bawah.

 
Penderitaan Soffiya berakhir pada 8 November ini.. Jangan lupa tonton episod akhirnya..

Seperti lazimnya, ED nak Zest dan Zrett tentang drama Soffiya. Zest dan Zrett ni kira macam rumusan la bila sesuatu drama atau program TV nak berakhir dalam blog EDtv.


5 yang Zest tentang Soffiya!
  1. Lakonan Tiz Zaqyah memang tidak pernah menghampakan.
  2. Izara Aishah berjaya menghidupkan watak Fiona yang antagonis.
  3. Jalan cerita yang sangat menarik.
  4. ED suka lihat penggambaran di kedai makan Kak Ton, susunan air di dalam jagnya sangat rapi.
  5. Penggambaran di rumah agam Kamal dan Soffiya boleh dijadikan inspirasi dalam menghias rumah. Hehe..

2 yang Zrett tentang Soffiya!!
  1. Lagu temanya "Masih Jelas" nyanyian Hafiz macam kurang sesuai la..
  2. ED masih tak setuju waktu siaran drama tersebut bermula pada pukul 7.00 malam.

Selepas drama Soffiya tamat pada 8 November nanti, drama baharu yang akan menyusul pada 9 November pula ialah Zikir Buat Dhia. Bila ED lihat barisan pelakonnya, macam best drama baharu ni. Nak tahu siapa pelakonnya? Jom lihat gambar di bawah..

Zikir Buat Dhia dibintangi oleh Adi Putra, Nora Danish dan Tasha Shilla.

Okelah, sama-sama kita ikuti kesudahan drama Soffiya sekaligus menanti kehadiran drama baharu Zikir Buat Dhia. Cantik kan gambar Nora Danish di atas? Hehe.. Udada Ubabye!!


ED: Selamat menonton..

2 ulasan:

  1. mummy nengok soffiya sb nama sama ngan baby sofia mummy=)sedap citernya..tak suka gak ngan fiona tuh=)eh citer baru ada adyputra..mummy suka=)mmg muka nora danish nampak lain=)

    BalasPadam
  2. ok, mummy.. sama2 kita saksikan kesudahan cerita Soffiya..

    BalasPadam

Blogger

Foto saya
Johor Bahru, Johor, Malaysia
Blog Hiburan dan Peribadi