ED di Gunung Ledang..
Hai, semalam ED telah pergi bercuti bersama emak dan 2 orang adik ED ke Gunung Ledang, Johor. Maklumlah, ED dapat cuti sempena Deepavali selama seminggu. Jadi, ED manfaatkan cuti yang ada dengan mengembara ke Gunung Ledang. ED nak lihat kehijauan hutan yang menenangkan dan merasakan kesejukan air terjunnya. Hehe..Nak tahu cerita dan gambar2 menarik sempena pengembaraan ED ke Gunung Ledang? Teruskan membaca catatan hari ini hingga ke penghujungnya.
Nama sebenar Gunung Ledang ialah Taman Negara Gunung Ledang. Bayaran masuk RM1 bagi seorang dewasa manakala bayaran masuk kereta ialah RM2. Murah sahaja..
Kehijauan hutannya amat menyegarkan mata dan jiwa..
Cabaran yang meletihkan ialah menaiki tangga ini untuk sampai ke tempat mandi di aras yang tinggi. Tak naik pun tak apa, tapi ED nak mandi air terjun di aras yang tinggi sikit.
ED tetap tersenyum bersemangat ketika menaiki tangga tersebut..
Ha, yang baju merah tu emak ED dan yang baju kuning tu pulak adik ED. Makcik yang berbaju hitam tu pulak ada ceritanya yang tersendiri. Makcik tersebut tidak larat lagi untuk naik ke atas dan dia menjerit kepada anak2nya (berada di atas) yang dia dah tak larat lagi. Huh.. kesian ED tengok dia.
Akhirnya, ED sampai juga di tempat mandi aras atas. Selepas makan, ED terus pergi ke air terjun tersebut.
Masa untuk mandi air terjun. Bestnya....
Air terjunnya yang sejuk begitu menyamankan setelah penat menaiki anak tangga untuk sampai ke sini.
Adik2 ED pun seronok mandi di sini.. Airnya tak dalam.. Cuma kena berhati2 apabila memijak batu yang licin.
Sebelum naik ke darat, ED bergambar dengan batu dan air terjun sekali lagi. Hehe..
Alhamdulillah, pengembaraan ED berjalan lancar. Selesai mandi, ED bergerak kembali menuruni anak tangga tadi untuk balik ke rumah. Perasaan ED, seronok bercampur penat. Itulah sedikit sebanyak cerita ED di Gunung Ledang. Okelah, ED akhiri catatan hari ini dengan gambar di bawah. Udada Ubabye!!
Dalam perjalanan balik ke rumah, tak sah kalau tak singgah ke Tangkak yang dikenali sebagai Bandar Tekstil. Sesiapa yang nak beli kain dan langsir yang murah, datanglah ke sini..
ED: Selamat bercuti semua..
bestnyeer..lama dah mummy tak g air terjun..tunggu anak2 besar cket.waaah mesti penat ek naek tangga tuh..sian mak tu=)
BalasPadamtakpe, nnt anak2 mummy dah besar, boleh g mandi air terjun. Skrg ni, mummy relax2 dulu.
BalasPadam