Ahad, 23 Oktober 2011

Bon Odori - Terasa Bagaikan Di Jepun..

Cuba teka, ED berada di mana?
 
Hai, malam semalam ED secara tidak sengaja dapat menyaksikan Japan-Malaysia, Friendship Festival (Bon Odori) di Plaza Angsana Johor Bahru. Pada awalnya, ED pergi ke Plaza Angsana hanyalah untuk membeli sedikit barang keperluan. Selepas membeli barang, ED nampak keriuhan dan kemeriahan di luar dataran  Plaza Angsana. Lantas, ED pun mengambil kesempatan untuk melihat festival tersebut.

 Festival Persahabatan Malaysia dan Jepun (Bon Odori)

 Lihatlah kemeriahan festival tersebut..

Festival Bon Odori tersebut tidak ubah seperti karnival Jom Heboh. Bezanya, gerai2 jualan dan gerai2 permainan yang ada berkonsepkan Jepun. Rasanya bagaikan di Jepun. Hehe.. Ada banyak gerai2 yang menjual sushi. Sayangnya, ED tak makan sushi la..

 Kalau anda dapat lihat, di belakang ED ada pentas persembahan dan gerai2 jualan..

Beralih kepada hiburan pulak, sudah tentulah para pengunjung dihiburkan dengan persembahan kebudayaan tradisional Jepun. Jom lihat gambar di bawah ini..

ED sempat menyaksikan persembahan alunan muzik peralatan bunyi Jepun. Terbaik!!

Persembahan tersebut dimainkan oleh gabungan orang Jepun dan orang Malaysia.. 

 Di sana, anda boleh bergambar dengan orang2 Jepun yang lucu dan peramah..

Oke, yang ini adalah persembahan penutup pada malam tersebut. Pengunjung dihiburkan dengan tarian asli tradisional Jepun.

Tarian tersebut macam joget lambak ada, macam tarian poco2 pun ada. Lebih menarik lagi, jika anda nak join menari pun boleh. Dialu-alukan...

Bagaimana? Suasana pada malam semalam memang terasa bagaikan di Jepun. Okelah, sebelum balik semalam, ED ada beli cenderamata sebagai kenang-kenangan. Nak tahu apa? Lihat gambar terakhir di bawah. Okelah, Udada Ubabye!!

ED beli t-shirt ini sebagai kenang-kenangan..

ED: Selamat bercuti semua..

3 ulasan:

  1. hi.....zaidi...ko ingat kat aku tak..wah dah berisi badan ko ek??...dulu waktu study kurus jek...

    BalasPadam
  2. ya anum, aku igt ko lg.. A,a badan akau smkn berisi skrg. Oke tak? Hehe..

    BalasPadam
  3. waah betul2 mcm kat jepunlah zaidi ek?mcm merahjerk..ada sekali dua jer g johor baru tuhpun ikut hubby kerja.kalau tak idakler pegi

    BalasPadam

Blogger

Foto saya
Johor Bahru, Johor, Malaysia
Blog Hiburan dan Peribadi