Sabtu, 29 Oktober 2011

Oh, baru kutahu kumpulan Al-Farabi Band..

Assalammualaikum. Semalam ED tengok rancangan Galaksi TV9. Best la siaran semalam tentang isu Izreen Azminda dan Johan Asaari. Betul2 panas siaran Galaksi semalam. Di penghujung siaran, ada paparan tentang kumpulan terbaru iaitu Al-Farabi band. Bila lihat kumpulan baru Al-Farabi band ini, ED terus teringat tentang seseorang yang barkaitan dengan kumpulan ini. Siapa orang itu? Kalau ED cerita sekejap lagi, jangan tak percaya eh..

Kumpulan Al-Farabi Band. Mereka membawakan muzik bergenre rock dan berunsurkan keagamaan.

Begini ceritanya, sebelum kumpulan Al-Farabi ini keluar di kaca TV (Rancangan Melodi dan Galaksi), ED dah pernah lihat kumpulan ini di Facebook melalui akaun milik Ashraf Selemna. Dia salah seorang yang suka EDtv di Facebook.

kalau minat, like la..

ED begitu teruja setiap kali ada orang yang like halaman FB EDtv. Setiap kali ada orang like halaman FB EDtv, ED akan buka profilnya untuk mengenali mereka. Apabila ED buka profil Ashraf Selemna ni, gambar profilnya ada tulisan Al-Farabi. Pada maklumat dan gambar2nya juga tentang Al-Farabi band. Pada masa itu, ED jadi tertanya2 siapa la Al-Farabi band ini? Akhirnya, semalam terjawab sudah persoalan ini di dalam rancangan Galaksi TV9.

Inilah adalah sebahagian para penggemar halaman EDtv di Facebook. Gambar yang ED petakkan di atas ialah Ashraf Selemna. Di atasnya yang ED petakkan dengan warna biru itu ialah Romy Spaxco, pekerja Suhan Movies (Cinta Elysa).

Ini printscreen gambar profil Ashraf Selemna. Jika diperhatikan semua gambar dan maklumat dalam akaun FB Ashraf Selemna tentang Al-Farabi Band. Masa dia like EDtv kat FB, ED tertanya2 siapa kumpulan Al-Farabi ni?

Mungkin Ashraf Selemna ada kaitan dengan kumpulan baru ini. ED masih tidak mengenali siapa Ashraf Selemna ini. Tapi terima kasih kerana like halaman EDtv. Sedikit maklumat tentang kumpulan Al-Farabi, mereka adalah kumpulan nasyid rock baharu di Malaysia. Imej berserban dan bertudung adalah identiti mereka. Nak tahu lebih lanjut tentang mereka, klik link di bawah ini ye..

Laman web Al-Farabi Band:  http://www.alfarabiband.com

Okelah, ED tutup catatan hari ini dengan lagu kumpulan Al-Farabi. Semoga berjaya untuk kumpulan ini. Udada Ubabye!!

 Best juga lagu mereka ni..
 

ED: Terima kasih kepada semua yang like page EDtv di Facebook ye..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Blogger

Foto saya
Johor Bahru, Johor, Malaysia
Blog Hiburan dan Peribadi