Hai, hari ini ED nak buat catatan tentang slot BiBe (Bijak Belanja). Tajuknya, jangan terlalu terpengaruh dengan katalog promosi ketika berbelanja. Maksud ED, janganlah kita percaya 100% promosi yang ada dalam senaskhah katalog. Kenapa? Jom ikuti kisah ED yang berlaku semalam.
Semalam, ED pergi ke Tesco Plentong menemani emak yang mahu membeli barang dapur. Tiba-tiba, ED teringat nak beli yogurt yang sedang promosi. Lihat gambar di bawah.
Yogurt Liteyo RM4 untuk 4 yogurt.
Bila ED pergi ke rak yogurt tersebut, ED pelik kerana yogurt tersebut tinggal sedikit dan hanya ada 2 perisa yang tinggal. Selalunya, ada macam2 perisa. Sebelum ED meletakkan yogurt tadi di troli, ED semak dulu tarikh luputnya. Astaga, semua yogurtnya sudah tarikh luput. Bila ED periksa semua yogurt tersebut di rak, semuanya dah expired. Tak jadi la beli yogurt tersebut. Dalam hati berkata, "mesti pasaraya ni nak habiskan stok2 yogurt yang expired ni, patutlah murah..".
Belum habis lagi, ada lagi 1 kisah. Semalam, dalam katalog promosi tersebut ada promosi pewangi kereta. Kebetulan, pewangi kereta ED dah habis. Jadi, ED pun belilah pewangi kereta tersebut. Bila sampai di rumah, ED terkejut dan sedikit sakit hati kerana... lihat gambar di bawah.
Pewangi kereta dalam katalog RM5 tetapi dalam resit RM7.50. Beza RM2.50, padahal harga biasa dalam katalog RM5.90. Apa semua ini? Silap ED ialah ED cek resit bila dah sampai rumah.. huhu..
Kalau anda di tempat ED pun, mesti anda marah dengan pasaraya sebegini rupa. Semalam, sebab terlalu geram, ED pun menghantar komen di halaman Facebook pasaraya berkenaan. Jom ikuti jawapan pihak pasaraya tersebut.
Anda boleh lihat penjelasan pihak pasaraya berkenaan. Setelah pihak Tesco memberi penjelasan, ED rasa lega sikit. ED tak tuntut kerugian pun (RM2.50 je), cuma selepas ini ED akan lebih berhati-hati. Jika dilihat dalam gambar, bukan ED seorang sahaja yang pernah kena kes seperti ini..
Okelah, kesimpulan daripada kisah ED semalam ketika membeli sesuatu barang:
- Periksa tarikh luput sebelum membeli barang
- Scan dulu harga barang sebelum membuat pembayaran
- Selepas membuat pembayaran, terus semak resit. Kalau ada kesalahan, boleh terus buat aduan.
- Jangan terlalu percaya promosi dalam katalog. Periksa dahulu sebelum membeli..
Sebagai pengguna, kita berhak mendapatkan barang yang baik dan berkualiti. Semoga kisah semalam menjadi pengajaran kepada ED dan anda semua. Udada Ubabye!!
ED: Selepas ini, ED akan berhati-hati ketika berbelanja..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan