Hai, pada tahun 2012 ni, di Johor akan ada taman tema selepas Genting Highlands di Pahang. Umum sudah mengetahuinya iaitu Legoland Malaysia. Lokasinya di Nusajaya Johor. Legoland di Malaysia adalah Legoland ke 5 di dunia. Hari ini, ED nak kongsi kepada anda tentang tarikh pembukaan rasmi Legoland Malaysia. Dah tahu belum? Kalau belum tahu, jom lihat sama2 gambar di bawah ini.
15 September 2012 tarikh pembukaan rasmi Legoland Malaysia di Nusajaya Johor.
Wah, tarikh pembukaannya lebih cepat daripada yang dijangka. Sepatutnya, bulan 12 ni baru dibuka. Ramai yang tertanya2, best sangat ke Legoland ni? Mungkin gambar2 yang ED akan paparkan sebentar lagi dapat menjawab persoalan itu.
Ini adalah peta Legoland Malaysia. Banyak taman permainan seperti Genting Highlands juga.
Lihat tu, ada roller coaster juga. Ini yang penting kan? Ini adalah sebahagian proses pembikinan Legoland yang 70% hampir siap.
Pintu masuk Legoland Malaysia. Cantik kan?
Bagi anda yang jauh, ada hotel disediakan untuk anda. Cuma anda kena sediakan duit sahaja.
Bercakap pasal duit, banyak juga duit diperlukan untuk membeli tiket masuk. Untuk dewasa tiket masuk harian ialah RM140. Manakala tiket tahunan seperti dalam gambar di atas ialah RM275 (sekarang tengah promosi RM245). Kalau ada tiket tahunan, hari2 anda boleh masuk Legoland. Hehe..

Bagaimana? Menarik bukan? Menarik tempatnya, menarik juga ongkosnya. Hehehe.. Semoga maklumat ini berguna kepada anda semua yang menyimpan angan-angan untuk pergi ke Legoland Malaysia. Semua maklumat ini ED perolehi daripada halaman facebook Nusajaya City, JB. Jom like untuk mengetahui update2 terbaharu di Johor Bahru. Okelah, Udada Ubabye!!
Maklumat lanjut: www.legoland.com.my
ED: Harga tiketnya membuatkan kita berfikir banyak kali untuk pergi. Huhu...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan