Hai, hari ini di sekolah ED ada Hari Terbuka. ED tak dapat bertemu dengan ibu bapa murid kelas 4 Baiduri kerana terlibat menghantar Pasukan Bicara Berirama bertanding di peringkat daerah. Walaubagaimanapun, ED sempat meninjau2 keadaan sempena Hari Terbuka pagi tadi. Apa yang menarik erk? Jom ikut ED!
Nombor giliran yang kreatif! Kawan ED yang buat dengan menggunakan batang aiskrim dan kertas warna. Katanya, lebih tahan lama.
Cantik tak? Menarik bukan angka giliran untuk ibu bapa yang datang? Siap ada bingkai gambar Selamat Datang membangkitkan lagi suasana Hari Terbuka.
Hari Terbuka tahun ni lebih meriah sebab ada banyak gerai yang mengambil bahagian. Sayangnya ED tak dapat merasai kemeriahannya..
ED suka buat catatan tentang Hari Terbuka sekolah ED sebab ada sahaja cerita2 menarik. Catatan Hari Terbuka tahun lepas anda boleh klik di sini. Okelah, Udada Ubabye!!
ED: Sekejap je masa berlalu..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan