Sabtu, 23 Jun 2012

Pasukan Bicara Beriramaku Naib Johan..

Hai, hari ini ED telah menghantar pasukan Bicara Berirama sekolah ke Pertandingan Bicara Berirama Peringkat Daerah. Alhamdulillah, setelah mengharungi pelbagai cabaran, pasukan Bicara Berirama sekolah ED telah mendapat naib johan daripada 9 sekolah yang bertanding. ED berpuas hati sebab ni baru kali pertama mereka bertanding.

Pertandingan Bicara Berirama sempena Karnival Bahasa Melayu 2012

 Antara guru pembimbing, ED dan rakan sekerja Aliana. ED tak sihat jadi muka nampak tak bermaya. Hehe..

 Persembahan pasukan Bicara Berirama sekolah ED. Ramai juga penonton yang suka akan skrip ciptaan ED bersama rakan2.

Tadi dapat nombor giliran terakhir. Sambil menunggu, ambil gambar dengan murid2 sekejap. Hehe..

Bukan mudah nak menguruskan 35 orang murid yang pergi bertanding. Ada sahaja cabarannya. ED nak kongsi corat-coret sebelum pertandingan pagi tadi.

Corat-Coret Pertandingan Bicara Berirama Peringkat Daerah:
  • Seorang ahli pasukan Bicara Berirama telah meninggal dunia kerana tragedi lemas di lombong. Kami terpaksa mencari penggantinya.
  • Seorang ahli lagi menarik diri kerana tidak mahu menyertai lagi selepas menang di peringkat zon yang lalu. Kami terpaksa lagi mencari penggantinya. Alhamdulillah jumpa.
  • Seorang ahli mahu menarik diri 2 hari sebelum pertandingan kerana terlibat kelas renang. Alhamdulillah, masalah itu dapat diselesaikan.
  • Semalam, ada seorang murid lagi mahu menarik diri kerana ayahnya tidak mengizinkan di saat2 akhir. Alhamdulillah, ED berjaya menelefon dan memujuk ayahnya.
  • Pagi tadi, ada seorang murid yang tali lehernya berwarna lain. Ikut syarat, pakaian kena seragam. Jadi, ED dan Aliana terpaksa pusing 1 sekolah untuk meminjam tali leher pengawas. Alhamdulillah jumpa. Selamat, hari ini hari terbuka sekolah ED.
  • Walaupun tak sihat, ED tetap datang dan membuat latihan supaya murid2 ni berjaya.

Catatan ini ED nak buat kenang-kenangan. InsyaAllah, tahun depan jika ada pertandingan lagi, ED akan melatih murid2 lagi. Seronok dengar murid2 bertanding tadi. Okelah, Udada Ubabye!!




ED: Alhamdulillah semua berjalan lancar!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Blogger

Foto saya
Johor Bahru, Johor, Malaysia
Blog Hiburan dan Peribadi