Hai, semalam ED bersama 4 orang rakan sekerja telah pergi ke Gambang, Pahang untuk menghadiri majlis perkahwinan seorang rakan sekerja lagi. Ini merupakan kali kedua ED pergi ke Pahang yang terkenal dengan negeri yang paling besar di Malaysia. Perjalanan dari JB ke Gambang mengambil masa kira2 5 jam. Jom lihat gambar2 panorama perjalanan ED seharian di sana,
Signboard nak ke Kuantan
ED bukan nak ambil gambar kereta tu, tapi gambar masjid..
Sengaja ambil gambar papan tanda ni. Hehe..
Sungai Pahang
Tiba di rumah pengantin pukul 12.30 tengah hari. Cuba teka, ED bertolak dari JB pukul berapa? Lokasi rumah pengantin di Felda Lepar Hilir 4.
Inilah wajah pengantinnya dan suasana majlis di luar rumah.
Selepas selesai pergi ke majlis perkahwinan, perjalanan diteruskan dengan menghantar 2 orang rakan sekerja ke Terminal Makmur, Kuantan. Mereka nak balik ke rumah masing2.
Perjalanan diteruskan ke Teluk Chempedak. Gambar2 menarik di sini, ED letak di entri lain ye..
Selesai di Teluk Chempedak, kami bersetuju untuk balik ke JB petang semalam juga..
Perjalanan pergi dan balik kami semalam melalui jalan Pekan-Mersing. Lebih lancar perjalanan sebab tak jem & tak banyak kereta.
Sampai di Mersing semalam pada waktu Maghrib..
ED sampai di rumah semalam tepat pada pukul 11.00 malam. Tanpa mencuci muka, ED terus terlelap sebab kepenatan. Tak sangka, semalam ED telah pergi ke Pahang selama 1 hari. Selepas ini, ED kongsi gambar2 di Teluk Chempedak ye.. Udada Ubabye!!
ED: Alhamdulillah, perjalanan selamat & berjalan lancar.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan