Hai, ini satu kisah lagi yang berlaku di sekolah pagi tadi. Gara-gara mempunyai pisau yang dicabut daripada pengasah pensel, seorang murid perempuan tahun 3 telah melakukan perkara yang tidak bermoral. Nak tahu apa yang telah dia lakukan dengan pisau pengasah pensel tersebut? Jom lihat gambar2 yang sempat ED tangkap pagi tadi.
Murid perempuan tadi telah menghiris beg si mangsa dengan pisau pengasah pensel tersebut..
Habis rabak beg si mangsa dikerjakan..
Yang paling kesian, beg ini baru dibelikan oleh ibu si mangsa..
Tahukah anda? Si mangsa merupakan seorang murid lelaki. Kejadian tersebut berlaku sebelum murid masuk ke kelas pagi tadi. ED malas nak komen panjang2, cuma satu je... Kepada ibu bapa, sila pantau2 anak2 anda ye. Kadang2 ada anak yang di rumah baik, tetapi di sekolah nakal. Walaupun anak perempuan, tetap kena perhatikan sentiasa. Udada Ubabye!!
ED: Lelaki perempuan, sekarang sama saja..
Setuju! Cg kat sekolah cakap macam tu jugak.. Terpaksa letakkan sedikit kecurigaan terhadap para pelajar.. Org lain yg buat, kami yg terpaksa tanggung! HAHA! ;P
BalasPadam