Jumaat, 15 Jun 2012

Colek-colek..

Hai, ED nak cerita tentang kisah di sekolah pagi tadi. Agak kelakar juga la ceritanya. Dah sedia? Jom ikuti ceritanya di bawah ini.


Apabila ED masuk ke kelas 4 Baiduri, ada 2 orang murid lelaki India berjumpa dan mengadu sesuatu dengan ED:

Murid A: Cikgu, tadi Yus (bukan nama sebenar) ejek saya colek-colek.

ED: Colek-colek? Takde apa la, dah pergi duduk.

Murid B: Cikgu, dia ejek colek-colek cikgu (dua tangannya dipusing-pusingkan). Saya panggil Yus ye..

ED: Takde apa la, dah awak berdua pergi duduk, saya nak mengajar ni.

ED pelik kenapa mereka tak nak duduk lagi. Akhirnya baru ED tahu apa yang cuba mereka sampaikan. Agak2 anda apa itu colek-colek? Jom ikuti kesudahan cerita ini.

Murid A: Cikgu, colek-colek itu pakaian dalam orang perempuan. Yus ejek saya colek-colek!

ED: hahaha... (terketawa seketika) 

Anda faham2 sendiri ye makna colek-colek tu.. Hehehe.. Mula2 ED ingatkan colek-colek tu macam sambal petis yang dicecah bersama mangga muda tu. Hahaha.. Okelah, Udada Ubabye!!




ED: Geram ada, lawak pun ada..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Blogger

Foto saya
Johor Bahru, Johor, Malaysia
Blog Hiburan dan Peribadi