Khamis, 14 Jun 2012

Sinopsis rasmi drama Dejavu di Kinabalu TV3

Hai, ini dia sinopsis rasmi drama Dejavu di Kinabalu yang akan bersiaran pada 18 Jun nanti di TV3. Sinopsis ini ED perolehi daripada Facebook Global Station (penerbit).


Sinopsis Dejavu di Kinabalu

Mengisahkan tentang Nadira (Tiz Zaqyah) yang menghidapi penyakit jantung dan kemudiannya terpaksa menjalani permindahan jantung tanpa pengetahuan dari sesiapa meskipun dari pengetahuan tunangnya sendiri. Jantung tersebut pula di miliki oleh bekas teman wanita Ammar (Aqasha) yang terkorban dalam kemalalangan jalan raya.

Ammar berasa hancur setelah kehilangan cintanya mula membina semula hidupnya dengan khayalan bekas teman wanita sehinggalah dia di pertemukan dengan Nadira.

Ammar yang perasan ada banyak persamaan di antara bekas teman wanitanya dan Nadira. Ammar tidak dapat menolak hakikat yang dia seakan-akan jatuh cinta sekali lagi dengan bekas teman wanitanya. Seolah-olah kini dirinya hidup dalam khayalan bekas teman wanitanya. Namun kebahagiaan itu tak berpanjangan tatkala dia di kejutkan dengan khabar yang sebenarnya Nadira kini memiliki jantung kepunyaan bekas teman wanitanya.

Bekas teman wanita Ammar rupanya sudah membuat perjanjian akan menderma jantungnya apabila dia meninggal dunia.

Dapatkan Ammar menerima hakikat ini? Adakah cinta nya akan berpaling arah? Sama-samalah kita tunggu jawapannya yang akan terurai dalam drama 26 episod terbitan Global Station Sdn Bhd.

ED akhiri catatan ini dengan lagu tema drama Dejavu di Kinabalu iaitu Butterfly nyanyian Melly Goeslaw dan Andhika Pratama. Udada Ubabye!! 



ED: Selamat menonton!

1 ulasan:

  1. Wasalam. Boleh je.. Nanti ED follow blog awak ye.. TQ..

    BalasPadam

Blogger

Foto saya
Johor Bahru, Johor, Malaysia
Blog Hiburan dan Peribadi