Isnin, 9 Julai 2012

Alasan murid tidak datang ke sekolah!

Hai, ED nak kongsi kisah yang berlaku di sekolah pagi tadi. Dalam kelas 4 Baiduri tadi, ED tanya soalan kepada seorang murid lelaki yang tidak hadir pada hari Jumaat lepas. Jawapan dia memang di luar jangkaan dan lain daripada yang lain. ED tak pernah lagi dengar murid beri alasan tidak hadir seperti dia. 


Mesti anda dah sedia nak gelak kan? Tahan dulu... Jom baca dialog ED bersama murid tersebut.

ED: Kenapa awak tak datang hari Jumaat lepas?

Murid: Oh...

ED: Apa, oh oh...?

Murid: Saya tak datang sebab tauge banyak sangat!

ED: Apa kena mengena dengan tauge?

Murid: Jumaat lepas, saya tolong emak saya kopek tauge. Banyak sangat tauge kat umah saya. Emak saya amek upah kopek tauge. Rumah saya ada 5 tong tauge.

ED: Hahahaha....

Murid ini memang penuh dengan 1001 alasan. Padahal, balik sekolah pun dia boleh tolong emak dia kopek tauge. Haha.. Semasa tamat masa, murid tersebut memberitahu ED bahawa esok dia tak datang lagi. Alasannya, dia mahu mengerjakan tauge yang banyak di rumahnya. Hehehe.. Amaran, jangan meniru alasan ini jika tak datang sekolah atau kerja. Udada Ubabye!!

 Tauge



ED: Pertama kali dengar alasan macam ni..

1 ulasan:

Blogger

Foto saya
Johor Bahru, Johor, Malaysia
Blog Hiburan dan Peribadi