Hai, ED nak ucapkan syabas kepada Iqram Dinzly kerana berjaya menambat hati penonton kembali dalam Jalan-Jalan Cari Makan TV3. Apa yang ED lihat di media sosial, ramai penonton yang memuji cara pengacaraan Iqram Dinzly yang bersahaja. ED pun nampak, Iqram Dinzly mengacarakan rancangan tersebut dengan gayanya yang kemas dan makan dengan bersahaja. Yang penting, tidak over dan tidak mengada-ngada. Itulah yang penonton mahukan dalam rancangan JJCM di TV3.
Iqram Dinzly, hos baru JJCM
Satu perkara yg ED suka tentang JJCM musim Iqram Dinzly ni tentang penggunaan lagu latarnya yang ala-ala lagu penyiasatan. Sesuai dengan JJCM yg sentiasa mencari tempat2 makan yg baharu & menyelerakan. Okelah, kalau Iqram Dinzly baca blog ni, ED nak cadangkan dia makan nasi ayam penyet di Restoran Bibik, Taman Universiti JB. Udada Ubabye!!
Inilah Restoran Bibik yg ED maksudkan..
Nasi ayam penyet di sini memang sedap dan ramai orang datang berkunjung ke sini. Jemput tengok!
ED: JJCM best!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan