Jumaat, 6 Julai 2012

Kenapa murid pinjam duit?

Hai, ED nak kongsi dengan anda kisah yang berlaku semalam di sekolah. Kisahnya tentang seorang murid perempuan yang meminjam duit rakan tetapi tidak membayarnya. Kisah ini berlaku dalam kelas Moral Tahun 3. Murid yang meminjam duit ED namakan sebagai Mitha dan murid yang memberi pinjam duit ED namakan sebagai Anna. Pastikan anda membaca kisah ini sehingga habis untuk rasa apa yg ED rasakan semalam.


Begini kisahnya, semalam sedang ED mengajar Moral, tiba2 Anna berjumpa dan mengadu kepada ED.

Anna: Cikgu, hari Isnin tu Mitha pinjam duit saya RM1. Dia kata nak bayar esoknya, tapi sampai hari ini (Khamis), dia tak bayar2 cikgu.

ED: Kenapa dia pinjam duit awak?

Anna: Dia teringin nak beli aiskrim cikgu masa balik sekolah.

Selepas mendengar aduan tersebut, ED terus memanggil Mitha. ED mahu mendengar penjelasan daripada dua2 belah pihak.

ED: Mitha, betul ke awak pinjam duit Anna tak bayar?

Mitha: Betul cikgu.

ED: Kenapa awak tak bayar lagi?

Mitha: Cikgu, saya takde duit nak bayar. Jumaat baru saya boleh bayar.

ED: Kenapa?

Mitha: Hari Isnin sampai Khamis, saya tak bawa duit cikgu. Hari Jumaat sahaja saya bawa duit 50 sen. Esok saya bayar hutang saya cikgu.

ED: Kenapa awak bawa duit hari Jumaat sahaja?

Mitha: Saya tak nak bawa duit empat hari supaya ibu saya dapat beri adik saya yang darjah 1 duit sekolah 50 sen. Biarlah adik saya sahaja yang dapat duit sekolah. Hari Jumaat baru saya bawa duit sekolah. Saya nak tolong ibu saya. Ayah saya kerja Singapore.

Daripada cerita di atas, dapat dilihat mulianya hati seorang murid perempuan tersebut. Mitha sanggup meminjam duit kawannya untuk membeli makanan kesukaan dan membayar hutangnya menggunakan duit sekolahnya sendiri. Dia tahu kepayahan ayahnya yg bekerja di Singapura dan kepayahan ibunya dalam membesarkan dirinya dan adik2. Susah nak jumpa murid yang macam ni. Tersentuh betul ED dengar cerita dia. Udada Ubabye!!




ED: Jadikan cerita ini pengajaran ye..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Blogger

Foto saya
Johor Bahru, Johor, Malaysia
Blog Hiburan dan Peribadi