Jumaat, 6 Julai 2012

Mi Casa: Perancangan 6 bulan sebelum rumah siap

Hai, dalam segmen Mi Casa hari ini, ED ingin berkongsi dengan anda gambar2 perkembangan rumah ED pada bulan lepas. Nampak gayanya, macam bulan Disember ni siap sepenuhnya. Mengikut perancangan yang diterangkan, rumah ED dijangka siap selewat2nya Disember ini. 


 Ini dia gambar2 perkembangan pembinaan rumah ED.

Inilah barisan rumah ED.

Alhamdulillah, proses pembinaan berjalan mengikut perancangan yg ditetapkan.

Hampir 50% siap..

ED beli rumah teres 1 tingkat.

Kawasan taman perumahan ED terletak di penghujung taman. Sedikit klu, ladang kelapa sawit yang bersebelahan ini akan dimajukan dan dibina jalan pintas ke Nusajaya.

6 bulan sebelum rumah siap, ED telah menyiapkan beberapa persediaan ringkas. Kalau boleh, ED tak nak buat loan untuk memasuki rumah ini nanti. Ini dia persediaan ED:
  • Menyimpan duit untuk pemasangan grill.
  • Menyimpan duit untuk wiring elektrik.
  • Menyimpan duit untuk membeli lampu dan kipas.

Ini adalah persediaan asas ED untuk rumah baharu nanti. Jika ada rezeki lebih, baru ED rancang yg lain2. ED akan menggunakan konsep berdikit-dikit. Menyiapkan perlengkapan rumah mengikut bajet yg ada. Bertemu lagi di segmen Mi Casa berikutnya. Udada Ubabye!!





ED: Semoga perancangan berjalan dengan lancar.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Blogger

Foto saya
Johor Bahru, Johor, Malaysia
Blog Hiburan dan Peribadi