Hai, hari ini di sekolah ED masih lagi sukan tara. ED ditugaskan untuk menjadi hakim lompat tinggi murid perempuan. Pelbagai aksi dan ragam murid dapat dilihat.
Jom lihat beberapa gambar murid perempuan lompat tinggi yang sempat ED tangkap pagi tadi.
Aksi lompat kijang.
Aksi melanggar galah.
Aksi lompat getah. Lepas tau!
Aksi melompat terlebih awal.
Aksi lompat angin. Walaupun lompatannya tinggi, namun angin yang mengikuti pergerakannya telah menjatuhkan galah.
Aksi lompat angkat sebelah kaki.
Aksi paling memukau pagi tadi. Aksi terbang. Ramai yang terkejut melihat aksi murid ini.
Ini aksi apa pulak? Ini murid Moral ED yang menukar seluar kerana terkencing dalam seluar. Murid yang berbaju merah ini terkencing semasa acara lompat tinggi pagi tadi. Mungkin terlalu gementar sampai tak sempat pergi ke tandas. ED menyuruhnya menukar seluar (pinjam seluar spare) kerana tak tahan bau hancing semasa waktu Moral selepas sukan tara tadi.
Seronok lihat murid2 lompat tinggi pagi tadi. Walau apapun cara lompatan mereka, yang penting semangat kesukanan yang ditunjukkan. Okelah, ini sahaja perkongsian kisah ED di sekolah untuk hari ini. Udada Ubabye!!
ED: Lompat tinggi boleh menghilangkan stress.. Hehe..
betul la ed. aksi lompat terbang tu paaaaling memukau! haha
BalasPadamkak akmal
hehehe... pembaca blog ini pun terpukau!
Padam